Remaja 17 Tahun Di Thailand Rompak Kedai Emas Kerana Nak Sara Anak & Isteri

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Remaja yang mencuri seutas rantai tangan yang bernilai 200,00 baht (RM25,499) itu bagaimanapun telah ditahan dan kini berdepan 4 pertuduhan.
( 📸 Foto: Sekadar hiasan ©pexels)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Menurut laporan berkenaan, remaja lelaki itu dilaporkan mempunyai masalah dengan ibu mentua dan ia menjadi salah satu sebab dia melakukan jenayah.

Setiap individu yang sudah berkahwin pastinya mempunyai tanggungjawab untuk menyara keluarga, khususnya golongan lelaki

Ini kerana, kebiasaannya ketua keluarga akan keluar mencari rezeki untuk menyara isteri dan juga anak dengan cara bekerja.

Malah ada yang tidak kisah kerja apa yang perlu dilakukan asalkan ia tidak bercanggah di sisi agama mahupun undang-undang negara. Namun tak dinafikan ada juga yang sanggup melakukan jenayah demi memberi sesuap nasi kepada anak dan isteri.

Remaja mencuri kerana nak sara anak dan isteri

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang remaja berusia 17 tahun di Thailand apabila dia sanggup merompak sebuah kedai emas dan mencuri seutas rantai tangan yang bernilai 200,00 baht (RM25,499).

Difahamkan duit tersebut ingin digunakan oleh remaja berkenaan untuk menyara isteri dan anak yang berusia satu tahun.

Insiden itu dilaporkan berlaku di sebuah kedai barangan kemas di tingkat dua pusat beli-belah di Jalan Ratchadapisek, Bangkok pada 18 Ogos lalu.

Kejadian itu kemudiannya dilaporkan ke Balai Polis Huay Kwang, namun kakitangan di kedai barangan kemas berkenaan enggan ditemubual oleh pihak polis.

Penguasa Balai Polis Huay Kwang, Prasopchok Lampinit memaklumkan kepada agensi berita remaja berkenaan mencuri dengan memakai baju t-shirt berwarna hitam, seluar pendek, topi serta topeng muka.

Awalnya hanya berdiri di luar kedai sebelum bertindak menyamar jadi pelanggan untuk mencuri

Sebelum melakukan perkara itu, remaja terbabit awalnya dilihat berdiri di luar premis sekitar jam 12.35 tengah hari namun tidak masuk ke dalam kedai.

Dia dilihat kembali lima minit kemudiannya untuk melakukan jenayah berkenaan. Remaja itu dilaporkan menyamar menjadi pelanggan dan meminta untuk melihat dua gelang emas sebelum menyerahkannya semula.

Namun pekerja barangan kemas itu menyedari remaja berkenaan mempunyai tingkah laku yang mencurigakan dan kelihatan tangannya menggigil sewaktu memegang barang berharga tersebut.

Pekerja itu lalu meminta dia untuk menanggalkan topi serta topeng mukannya namun lelaki itu secara tiba-tiba telah berlari keluar dan membawa seutas rantai emas bernilai 206,500 baht (RM26,327).

Staf cuba kejar, remaja lepaskan tembakan kepada pekerja kedai barangan kemas

Staf barang kemas terus mengejarnya namun berhenti apabila remaja itu mula melepaskan tembakan ke arah kakitangan berkenaan. Dia lalu berjaya meloloskan diri dari tempat kejadian menggunakan motosikalnya.

Memetik laporan The Thaiger polis mengenal pasti pencuri tersebut berusia 17 tahun namun tidak mendedahkan identitinya kepada umum. Malah dia juga ditahan pada hari sama di daerah Huay Kwang berdekatan dengan lokasi kejadian.

Remaja yang bekerja sebagai penghantar makanan itu menyatakan dia tidak mampu untuk menyara isteri dan anaknya serta terpaksa memberi 5,000 baht (RM636.91) kepada isteri dan membayar 2,800 baht (RM356.60) untuk ansuran bulanan motosikal.

Ada konflik dengan ibu mentua, salah satu sebab buat jenayah

Dia juga memberitahu mempunyai konflik dengan ibu mentua apabila dikutuk tidak menjaga keluarga dan perkara itu turut mendorongnya untuk melakukan jenayah.

Dia kini berdepan dengan empat pertuduhan iaitu:

  • Seksyen 335 Undang-Undang Jenayah kerana melakukan kecurian menggunakan pistol dan kenderaan untuk memudahkan jenayah. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda 20,000 (RM2,547.67) hingga 100,000 baht (RM12,738.39).
  • Cubaan membunuh orang lain, yang mengakibatkan separuh daripada hukuman bunuh di bawah Seksyen 288 Undang-undang Jenayah. Jika sabit kesalahan boleh dihukum mati, penjara seumur hidup atau penjara dari 15 hingga 20 tahun.
  • Seksyen 7 Akta Senjata Api, Peluru, Bahan Letupan, Bunga Api, dan Senjata Api Tiruan: memiliki pistol tanpa kebenaran. Boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun denda sehingga 20,000 baht (RM2,547.67) atau kedua-duanya sekali.
  • Seksyen 8 Akta Senjata Api, Peluru, Bahan Letupan, Bunga Api dan Senjata Api Tiruan: membawa pistol di tempat awam tanpa kebenaran dan keperluan, boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, denda sehingga 10,000 baht (RM1,273.81) atau kedua-duanya.

Hukuman yang akan dikenakan mengikut penghakiman mahkamah, kerana pencuri masih lagi remaja.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.