KFC Malaysia tutup lebih 100 restoran francais kesan boikot

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Dianggarkan lebih 100 restoran francais Kentucky Fried Chicken (KFC) di Malaysia ditutup ekoran kempen boikot yang giat dijalankan sejak Oktober 2023 susulan konflik Israel-Palestin.
(📸 ©Nanyang Siang Pau)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Boikot akibatkan lebih 100 kedai KFC gantung operasi harian

KUALA LUMPUR: Gelombang kempen boikot rangkaian produk dan perniagaan terkait Israel di Malaysia dilapor telah menyaksikan lebih 100 restoran francais makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) ditutup buat sementara waktu di seluruh negara itu.

Menurut laporan akhbar harian berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau (Nanyang), maklumat dan dapatan itu diperoleh hasil petikan data daripada Peta Google.

The Business Times telah menghubungi QSR Brands untuk mendapatkan ulasan, namun sehingga berita ini ditulis, syarikat berkenaan tidak memberi sebarang maklum balas.

QSR Brands ialah syarikat tempatan yang dimiliki oleh usahawan Malaysia, yang mengendalikan perniagaan 850 restoran francais KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja, juga lebih 480 restoran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura.

Penutupan itu dilaporkan berikutan kempen boikot yang telah dijalankan selama kira-kira enam bulan sejak konflik dua negara, Palestin dan Israel, tercetus sejak Oktober 2023.

Selain KFC, kempen boikot di seluruh negara turut memberi kesan kepada perniagaan Starbucks dan McDonald’s secara berterusan sejak bermulanya konflik Israel-Palestin pada Oktober 2023.

Menurut New Straits Times (NST), laporan Nanyang itu menyatakan lebih 10 peratus cawangan KFC di seluruh negara telah menggantung operasi.


“Sebanyak 108 kedai di seluruh negara telah ditutup buat sementara waktu sehingga 27 April dengan KFC di Kelantan adalah yang paling teruk terjejas. Hampir 80 peratus atau sehingga 21 cawangan di negeri itu telah ditutup buat sementara waktu,” lapor NST.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Kelantan mencatatkan angka paling tinggi dengan hampir 80 peratus atau sehingga 21 cawangan ditutup buat sementara waktu.
( 📸 ©Google Maps)
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Kelantan mencatatkan angka paling tinggi dengan hampir 80 peratus atau sehingga 21 cawangan ditutup buat sementara waktu.
( 📸 ©Google Maps)
Sejak bertapak di Malaysia selama lebih 50 tahun, KFC telah menjadi sebahagian daripada makanan kegemaran rakyat negara itu dengan sejumlah lebih 700 cawangan di seluruh negara.

Johor Corporation (JCorp), cabang pelaburan negeri Johor, memegang pegangan terbesar dalam QSR, yang bersama anak syarikatnya KFC Holdings, telah diswastakan pada Februari 2013.

McDonald’s Malaysia pada 30 Disember 2023 memfailkan saman sivil terhadap pertubuhan bukan kerajaan, BDS Malaysia, iaitu antara yang menggerakkan kempen boikot, selepas terdapat gerakan memboikot rangkaian makanan segera itu di Malaysia.

Gerakan boikot itu dibuat susulan tindakan McDonald’s Israel membekalkan makanan kepada tentera negara itu.

Pada Mac lalu, pengasas Berjaya Corp Bhd, Encik Vincent Tan, meminta orang ramai berhenti memboikot Starbucks Malaysia yang menjejas hampir 85 peratus pekerja Starbucks.

Beliau berkata hampir 85 peratus pekerja Starbucks Malaysia adalah orang Islam dan tiada warga asing bekerja di ibu pejabat syarikat tersebut.

Duta Besar Amerika ke Malaysia, Encik Edgard D Kagan, sebelum ini berkata Amerika Syarikat mengiktiraf pendirian tegas Malaysia berhubung isu Gaza, sekali gus menghormati hak negara ini dan rakyatnya untuk melakukan boikot serta bantahan secara aman di luar kedutaannya berhubung konflik perang Israel-Palestin.

SOURCE: beritaharian.sg

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.