HEBOH di media sosial apabila berita mengenai seorang pendakwah terkenal telah menjadi buah mulut oleh banyak pihak serta para netizen sendiri mengenai jenayah gangguan tidak senonoh kepada para wanita mahupun kanak-kanak.
Walaupun identiti ‘pendakwah’ tersebut masih samar-samar akan tetapi pelbagai ‘hint’ dan spekulasi telah tular menyebabkan identiti individu tersebut seakan-akan sudah boleh diagak siapakah gerangannya. Namun, tidak mahu menuduh sesiapa, semuanya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas dan siasatan lebih terperinci.
Dalam pada itu, satu temubual terbaru dalam rancangan paling hangat iaitu ‘Analisi’ di TV Alhijrah telah membincangkan mengenai tajuk ‘Pentaasub, Punca Jenayah Seksual berleluasa?”. Ia dihadiri oleh penceramah iaitu Prof.Dr. Mohd Ridhuan tee Abdullah dan Bro Firdaus Wong Wai Hung.
Rancangan tersebut diacarakan oleh Finaz Yunus telah membawakan satu pengakuan berani daripada salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Diana untuk menceritakan hal yang sebenar mengenai kejadian diantara manga dan juga individu yang dikatakan terkenal sebagai ‘pendakwah’.
Mesej Untuk Tanya Pendapat Dari Sudut Pandangan Islam Tapi Jawapan Menjijikan
Menurut pengakuan Diana, dia pernah menghantar mesej kepada pendakwah berkenaan untuk meminta pendapat mengenai permasalahan yang dihadapi olehnya dari sudut pandangan Islam. Namun, beliau mengatakan pendakwah tersebut membalas mesejnya dengan kata-kata yang kurang sopan serta menjijikan seperti menyentuh soal malam pertama dengan suami.Malah, apabila dia cuba memberitahu keluarganya terutama suaminya sendiri, mereka lansung tidak mempercayai kata-katanya dan mengatakan bahawa Diana telah memfitnah individu tersebut. Malah mereka semua digambarkan seperti ‘taksub’ dengan segala kebaikkan serta kelembutan yang ditonjolkan oleh pendakwah tersebut.
Hal itu membuatkan Diana rasa teraniaya dan terpinggir. Suaminya turut meminta dia mendiamkan diri untuk menghindari daripada sebarang masalah di kemudian hari. Namun, apabila ada kes yang melibatkan kanak-kanak dicabut oleh pendakwah tersebut, maka Diana memberanikan diri untuk tampil kehadapan memberitahu akan perihal yang sebenar.
Ditanya juga adakah laporan polis sudah dibuat? Diana menjawab dia masih menunggu suntikan dos kedua dan setelah itu barulah dia akan ke balai polis untuk membuat laporan katanya.
Terdahulu, Firdaus Wong Wai Hung merupakan salah seorang yang lantang bersuara mengenai kes-kes seperti ini. Beliau sangat lantang bersuara menentang predator seksual dimana seseorang individu ‘menggunakan’ imej agama untuk memerangkap mangsanya demi kepuasan nafsu mereka. Hal itu sering dikongsikan dilaman Facebook beliau Firdaus Wong Wai Hung – Official.
Finaz Yunus dalam perkongsiannya turut merasa kelas dengan sistem sokongan yang melibatkan institusi keluarga dalam menangani isu jenayah seksual. Beliau turut mengatakan terlalu banyak ibu bapa, suami serta ahli keluarga memilih untuk mendiamkan hal jenayah tersebut atas dasar ingin menjaga maruah keluarga.
“Terbuai dengan akhlak luaran, ilmu yang disampaikan, kata-kata yang diucapkan sehingga menidakkan perbuatan kejinya kepada manusia lain,” tulis Finaz.
SOURCE: Aku Papan Kekunci
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.