WHO jalankan kajian terhadap tiga lagi ubat Covid-19 |
GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin mengumumkan tiga ubat baharu sedang diuji dalam fasa terbaharu ujian klinikal Solidarity bagi mencari rawatan berkesan terhadap Covid-19, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.
3 ubat itu, artesunate, imatinib dan infliximab akan diuji terhadap pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital di 52 buah negara yang terlibat dengan program Solidarity PLUS.
Menurut data WHO, sehingga kelmarin, terdapat lebih 203 juta kes Covid-19 yang dilaporkan di seluruh dunia.
Angka kes Covid-19 dunia melepasi 200 juta hanya enam bulan selepas jumlah kes melepasi angka 100 juta.
Bercakap dalam satu sidang media di Geneva, Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menekankan keperluan kritikal bagi mencari rawatan Covid-19 yang lebih berkesan dan mudah diakses.
Seorang ahli biokimia menjalankan ujian ubat anticovid dalam satu ujian klinikal di makmal Xenothera Biotech di Hospital Universiti Nantes, Perancis, 25 Januari lalu. -AFP |
“Kita memerlukan petugas kesihatan yang terlatih untuk menggunakannya dalam persekitaran yang selamat.
World Health Organization |
Artesunate adalah ubat merawat malaria yang teruk, imatinib digunakan untuk beberapa jenis kanser termasuk leukemia sementara infliximab digunakan untuk merawat penyakit Crohn, rheumatoid arthritis dan penyakit lain berkaitan sistem imunisasi badan.
Kilang pengeluar seperti Ipca dan Johnson & Johnson menyumbangkan ubat-ubatan tersebut untuk percubaan.
Solidarity PLUS adalah kerjasama global terbesar antara 194 negara anggota WHO dengan ribuan penyelidik di lebih daripada 600 hospital yang mengambil bahagian. – AGENSI