"Bukan sedikit pengorbanan dan kepayahan yang terpaksa dilalui ayah dan ibu tatkala si kecil ini diberi ujian cukup besar.
Berat mata memandang,berat lagi bahu mereka memikul. Bayi sulung tanda kasih sayang di nanti penuh sabar dan debar. Namun percaturan Sang Pencipta tak siapa boleh menduga.
![]() |
Keluarga kecil ini diuji dengan dugaan apabila bidadari kecil ini menghidap ketumbuhan dalam mulut. |
![]() |
Dilahirkan pada usia kandungan 31 minggu, berat hanya 1.3kg dan memiliki ujian kesihatan setelah keluar dari rahim mamanya. |
![]() |
Usia Ainul 3 bulan baru kami dapat angkat, peluk dan cium Ainul. Gambar mama tengah kendong ainul, itu lah kali pertama mama dapat sentuh kulit ke kulit. Iya, selepas 3 bulan. |
![]() |
Jujur mengakui sudah 'berputus asa' pada awalnya, namun kekuatan Ainul akhirnya membuatkan Jadi kuat. |
Walid rasa ainul terlalu kecil dan lemah untuk harungi ujian tersebut. Rupanya bukan Ainul yang Allah nak uji.
![]() |
Semasa Ainul tengah struggle dahulu, Ainul tak pernah sekali pun merengek-rengek atau menangis sebab sakit. Ini lah kebesaran Allah swt. |
![]() |
Tarikh hari ini, pada 3 tahun lepas telah mengubah banyak perkara dalam hidup saya dan isteri. |
Hari ini, 13 Aug 21 anak ini sudah membesar bak juara. Walaupun perkembangannya tidak sama seperti rakan-rakannya yang lain, tapi kami sangat berbangga dengan progressnya pada hari ini.
![]() |
Terima kasih Ainul Mardhiah. Walid, Mama, dan semua orang sayang kakak. |
Cukup cerita sampai sini sahaja.
Banyak lagi "peperangan" lain yang ainul lalui selepas itu.