"Dia paling suka menderma, selalu menderma sana sini... kalau ada orang mesej di Instagram perlukan bantuan dia akan bantu. |
Tapi Sarah tak suka orang tahu dan tak mahu bercerita. Yang terbaharu, sebelum dia menaiki ambulans untuk ke hospital, dia pindahkan wang kepada ibu tirinya dan minta ia disedekahkan.
"Sebelum ditidurkan, dia ada minta pembantunya ambil semua produk tudung untuk disumbangkan kepada jururawat di hospital itu," demikianlah kata pengurus Siti Sarah Raisuddin iaitu Nana Mohamad Rom yang memberitahu arwah gemar menghulurkan sumbangan kepada rakan-rakan dan pengikutnya di laman sosial.
Sikap pemurah serta tidak lokek berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan sudah menjadi amalan Siti Sarah sepanjang hayatnya. Malah sebelum dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Nana memberitahu isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu ini masih sempat memindahkan sejumlah wang untuk disumbangkan.
Keluarga bahagia Shuaib & arwah Siti Sarah |