Penduduk Indonesia rasa gegaran kuat gempa bumi Filipina

Penduduk Indonesia turut rasa gegaran kuat gempa bumi Filipina



JAKARTA: Gempa bumi kuat berukuran 7.1 skala Richter yang melanda Filipina awal pagi tadi turut dirasakan oleh penduduk di beberapa wilayah di Indonesia.

Ketua Bidang Mitigasi Gempa Bumi dan Tsunami, Badan Metereologi, Iklim dan Geofizik (BMKG), Daryono berkata, gegaran itu berlaku di wilayah Davao, Filipina hingga menggegarkan wilayah paling utara Indonesia, Kepulauan Talaud.

Katanya, fenomena alam yang berlaku itu tidak berpotensi menyebabkan Tsunami.

Jelasnya, setakat ini tiada sebarang kerosakan berlaku akibat gegaran tersebut.

‎Filipina pernah dilanda gempa bumi besar sehingga mengakibatkan kerosakan harta benda sejak 1914 hingga 2003 dengan ukuran 8.2 skala Richter pernah dicatatkan di Davao. -KOMPAS.COM

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.