Kerap mandi tidak penting – Jake Gyllenhaal

Gyllenhaal berkata dia percaya badan manusia akan dibersihkan sendiri secara semula jadi. -Getty Images



LOS ANGELES – Pelakon Hollywood, Jake Gyllenhaal berkata bahawa dia tidak nampak kepentingan untuk mandi dengan kerap, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Menurut pelakon tersebut, dia biasanya akan mandi selang sehari dan tidak suka mandi selepas bersukan.

“Semakin lama, saya rasa saya semakin tidak rasa keperluan untuk mandi dengan kerap.

“Saya percaya, memiliki kelakuan yang baik, namun dengan nafas yang berbau tidak guna juga jadi saya akan menggosok gigi. Saya percaya tidak mandi juga memberi kebaikan dari segi penjagaan kulit dan badan kita bersih sendiri secara semula jadi,” katanya.

Gyllenhaal merupakan selebriti terbaharu yang mendedahkan sikap tidak suka mandi.

Selasa lalu, pelakon Kristen Bell dan suaminya Dax Shepherd berkata, mereka kerap terlupa untuk memandikan dua anak mereka, Lincoln, 8 dan Delta, 6, dan akan menunggu sehingga badan mereka berbau untuk dimandikan.

“Sebaik sahaja saya terhidu bau busuk, itu merupakan cara biologi untuk tahu bahawa saya perlu memandikan mereka,” katanya.

Sementara itu, pasangan pelakon Ashton Kutcher dan Mila Kunis bulan lalu berkata, mereka hanya akan memandikan anak mereka, Wyatt, 6 dan Dimitri, 4 apabila ternampak kotoran pada badan mereka. -Agensi

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.