Cuma 4 Bulan Bersama, Suami Iring Pengebumian Isteri Pakai Persalinan Nikah di Tawau

Hakikatnya, setiap manusia tidak tahu soal ajal, jodoh dan juga rezeki masing-masing. Siapa sangka, kegembiraan menyusuri detik bahagia dalam perkahwinan



Hakikatnya, setiap manusia tidak tahu soal ajal, jodoh dan juga rezeki masing-masing. Siapa sangka, kegembiraan menyusuri detik bahagia dalam perkahwinan boleh bertukar duka dalam sekelip mata sahaja. Itulah yang dialami oleh seorang lelaki dari Tawau, Sabah baru-baru ini.

Isteri ditidurkan akibat keadaan pernafasan yang semakin kritikal

Terdahulu, isterinya yang dikenali sebagai Fatimah Ismil telah ditidurkan gara-gara kadar pernafasan yang semakin kritikal di ICU. Meskipun tak didedahkan puncanya sama ada Covid-19 atau bukan, namun Hassanudden Hassan memohon doa orang ramai agar isterinya sembuh semula.



Untuk kelahiran ini & seterusnya kau tetap isteriku…selalu terbayang dia berada di samping saya

Namun suratan takdir, Fatimah Ismil telah dijemput Ilahi pada Jumaat lalu. Meskipun hakikat tersebut berat untuk diterima, tetapi Hassanudden Hassan berbakti demi isterinya hingga selamat dikebumikan pada sekitar jam 8 malam pada hari yang sama. Di samping menghargai doa orang ramai sepanjang berjuang dalam ICU, lelaki berkenaan turut meluahkan selalu terbayang pasangannya itu seolah-olah masih ada di sisi lagi.


Sempat bersama isteri cuma 4 bulan saja…suami pakai baju nikah simbolik ‘selamanya bidadariku’

Paling meruntun jiwa, tempoh bahagia yang sempat dikecapi mereka sangat singkat iaitu cuma 4 bulan sahaja. Demi membuktikan betapa agung dan sucinya cinta terhadap ‘bidadarinya’, Hassanudden Hassan turut mengenakan persalinan nikah ketika detik pengebumian.




Sumber: FB Hassanudden Hassan

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.