Caprice koyak tiket pulang balik Malaysia

Gempar!!! Bimbang selepas dicari polis, Caprice nekad koyak tiket kapal terbang



Kuala Lumpur: "Orang kata ada pihak cari kita? Amman to Ramallah. Siapa-siapa tengah cari, polis ke, interpol ke, mak mentua ke, Zizan untuk keychain Firaun ke boleh je WhatsApp Caprice +6016xxxxxxx nombor ini ada di bio IG," kata penyanyi rap Ariz Ramli atau Caprice di Instagramnya.

Ia bagi mengulas kenyataan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meminta bantuan Interpol untuk menghubunginya.

Menerusi hantaran di Instagram, Caprice turut berkongsi perasaannya berkenaan perkara itu.

"Punya kecoh pagi-pagi bangun baca berita macam nak nampak kita ini tengah bersembunyi atau lari sedangkan kita santai saja di sini jumpa Kedutaan Malaysia, Duta Palestin, dan sahabat-sahabat kita di sini.

"Setiap kali saya ada buat perkembangan mengenai Palestin, ada sahaja halangan atau cerita baru. Sumpah penat," katanya.

Sementara itu, Caprice menerusi sesi langsung Instagram malam tadi mengakui berasa tidak selamat di Jordan dengan tindakan polis Malaysia, selain takut untuk pulang ke tanah air.

Menurut Caprice, dia berasa kusut dengan situasi yang berlaku sekarang.

"Saya sudah beli tiket nak balik Malaysia, tapi apabila baca berita kata polis minta tolong Interpol cari, saya terus koyak tiket.

"Apabila polis dengan Interpol cari macam ini, memang tidaklah saya nak balik Malaysia," katanya.

Terdahulu, pihak polis mencari Caprice untuk membantu siasatan susulan laporan polis yang dibuat oleh pendakwah bebas, Ebit Lew.

"Makin lama saya ada rasa takut sikit sebab semuanya semakin pelik," katanya.

Selain Caprice, PDRM turut memohon bantuan Interpol untuk berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Ebit Liew membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung tuduhan yang dilontarkan beberapa individu terhadapnya menerusi laman sosial baru-baru ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.