Beli itik guna wang palsu RM117, warga emas tak sangka dapat RM590

Beli itik guna wang palsu, warga emas tak sangka dapat 2 juta rupiah



YOGYAKARTA: Nasib malang yang menimpa seorang warga emas akibat ditipu semasa menjual itik, bertukar gembira apabila seorang individu tidak dikenali mengirimkannya dua juta rupiah (RM590).

Lapor Kompas.com, jari dan tangan Mardi Wiyono menggeletar sebaik sahaja menerima kiriman sampul itu di rumahnya di Kulon Progo, Yogyakarta.

Lelaki berusia 81 tahun itu menjadi mangsa penipuan apabila menerima wang palsu 400,000 rupiah (RM117) di Pasar Kliwon, Galur.

Pelaku mengambil kesempatan membeli lapan ekor itik akibat kelemahan lelaki itu yang sudah tua dan tidak boleh membaca.

Mardi sehingga sekarang tidak dapat melupakan peristiwa itu dan masih menyimpan rapi salinan kertas laporan kesnya kepada pihak polis.

“Saya tidak susah kerana ditipu kerana itik saya masih banyak. Hari esok sudah tentu Allah akan ganti dengan lebih baik,” luahnya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.