Azmin Ali Calon Utama TPM, Kata Sumber

Nama Azmin Ali kuat diperkatakan sebagai timbalan perdana menteri.



KUALA LUMPUR: Bekas menteri kanan Azmin Ali dikatakan calon utama untuk mengisi jawatan timbalan perdana menteri.

Sumber daripada Bersatu memberitahu FMT, perbincangan antara pemimpin Umno dan Bersatu diadakan semalam dan “semua menunjukkan Azmin sebagai timbalan perdana menteri”.

“Setelah mendengar semua pihak, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dikatakan bersetuju dengan keputusan itu.

“Sampai sekarang, nama Azmin masih kuat diperkatakan sebagai timbalan perdana menteri yang seterusnya,” kata sumber itu.

Katanya, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin, yang juga bekas menteri dalam negeri, turut disebut-sebut sebagai calon TPM dikatakan tidak mempunyai sokongan sebanyak Azmin.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertemu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-14 hari ini.
Sumber itu berkata, Azmin adalah pesaing utama kerana beliau membawa 10 Ahli Parlimen bersamanya daripada PKR dan dianggap “paling senior” untuk mengambil peranan dalam Bersatu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.