Akibat perjumpaan rakan, satu kampung kena PKPD

Gambar hiasan.



Gara-gara buat perjumpaan antara rakan-rakan, sebuah lagi skim tanah rancangan persekutuan di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Isnin ini yang membabitkan Felda Sungai Panching Selatan dalam Mukim Kuala Kuantan 2, Daerah Kuantan.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia susulan pengumuman Kluster Sungai Panching Selatan semalam berpunca akibat satu perjumpaan rakan sebelum menjangkiti keluarga dengan 73 orang disah positif Covid-19.

Turut dikenakan PKPD di negeri tersebut ialah Kampung Orang Asli Sungai Bot di Batu 23, Jalan Manchis, Karak, Daerah Bentong dan Jalan Feri Lama, Teluk Gading, Daerah Rompin selain dua lokaliti dalam Daerah Maran iaitu Kampung Paya Besar Kertau dan Felda Seroja Jengka 18 setelah beberapa lagi perkampungan di Gugusan Jengka itu dikenakan PKPD.

“Selebihnya melibatkan Sabah antaranya empat lokaliti dalam Bahagian Tawau iaitu Flat Sri Semarak, Taman Semarak Indah, Taman Semarak Jaya dan Taman Sejati; Kampung Guunsing-Novunsu dan Kampung Koidupan, Daerah Penampang serta Kampung Baru Kimanis, Daerah Papar.

“Sementara baki dua lagi ialah Kampung Marau, Daerah Sipitang, Bahagian Pedalaman dan Kampung Tanjong Kapor, Bahagian Kudat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.