2 maut selepas terhidu gas beracun

2 pekerja tapak binaan maut terhidu gas beracun ketika berada di dalam lubang tangki berdekatan hospital Cyberjaya.



Putrajaya: Dua pekerja tapak binaan maut terhidu gas beracun ketika berada di dalam lubang tangki berdekatan hospital Cyberjaya, di sini, tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Cyberjaya, Julaina Hashim, berkata, kejadian berlaku pada jam 2 petang itu mengorbankan dua lelaki warga India.

Menurutnya, mangsa terperangkap ketika menjalankan kerja pembinaan di dalam lubang berkenaan.

"Pasukan bomba dari balai bomba penyelamat Cyberjaya tiba di lokasi kejadian pada jam 2.11 petang

"Laporan awal memaklumkan terdapat dua pekerja tidak sedarkan diri selepas terperangkap dalam lubang berkenaan," katanya.

Beliau memaklumkan terdapat seramai tujuh pekerja sedang menjalankan tugas pembinaan di kawasan berkenaan.

"Susulan itu pihak kami meminta bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Selangor bagi mengeluarkan mangsa dari dalam lubang berkenaan,

"Mayat mangsa pertama dikenali sebagai Kesavan Matarasan, 30, berjaya dikeluarkan pada jam 4.30 petang.

"Mayat mangsa kedua, Sailu Makkala , 40, dikeluarkan kira-kita 30 minit kemudian, "katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.