PETALING JAYA: Menteri dan timbalan menteri daripada UMNO akan meletak jawatan sekiranya Proklamasi Darurat diteruskan selepas 1 Ogos ini.
Pesiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketetapan tersebut dibuat sempena Sidang Khas Parlimen mulai esok sehingga 2 Ogos ini.
Katanya, tindakan tersebut juga dibuat sebagai mendukung dan mentaati titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu bahawa tiada keperluan untuk darurat diteruskan serta segala Ordinan-Ordinan Darurat dibahaskan di Parlimen seiring dengan Peruntukan 150(3) Perlembagaan Persekutuan.
“Pelaksanaan Darurat yang ternyata gagal untuk mengekang dan menangani Pandemik Covid-19, sebaliknya sebagai muslihat politik dan alat memandulkan sistem demokrasi berparlimen.
![]() |
Ahmad Zahid berkata, ahli Parlimen UMNO mesti menzahirkan pendirian parti untuk mengusulkan agar Parlimen membahas dan membatalkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya. |
“Ahli-ahli Parlimen UMNO mesti menzahirkan sokongan melalui undi untuk membatalkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya,” katanya.