Anjang Aki meninggal dunia

Kickbola.net Pelakon yang dikenali dengan watak Anjang Aki menghembuskan nafas terakhir akibat sesak nafas, bukannya pandemik COVID-19.



KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Datuk Baharuddin Omar atau Anjang Aki menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Shah Alam, hari ini.

Berita sedih itu disahkan menerusi kiriman WhatsApp oleh ahli keluarga terdekat bagi pihak Datin Nazariah atau Ateh.

“Dimaklumkan bahawa suaminya arwah Datuk Haji Baharudin Omar atau Anjang Aki baru sahaja meninggal dunia di rumah mereka sebentar tadi. Sekarang ahli keluarga sedang sibuk melakukan persiapan terakhir buat arwah.

“Sama-sama kita doakan agar segala khilaf arwah diampunkan dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” tulisnya.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.