35 individu termasuk Ahmad Zahid, Nik Abduh positif Covid-19

Kickbola.net Menjelang sehari pembukaan sidang khas Parlimen, 35 ahli Parlimen serta pegawai disahkan positif Covid-19.


PETALING JAYA: Sejumlah 35 individu dalam kalangan ahli Parlimen serta pegawai mereka disahkan positif Covid-19.

Perkembangan ini suatu yang mengejutkan menjelang sehari pembukaan sidang khas Parlimen, Isnin ini.


Antara ahli Parlimen yang dijangkiti virus itu ialah Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Bachok).

Pada masa sama, sumber memberitahu Utusan Malaysia, terdapat ahli Parlimen yang mempunyai kontrak rapat dengan mereka dan kini dipercayai sedang membuat ujian calitan.


“Turut terlibat ialah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon kerana pegawai pengiringnya positif,” kata sumber ketika dihubungi.


Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 selama lima hari akan bermula Isnin, 26 Julai ini hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.