Tajuddin Dipecat Sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad

Kickbola.net Perkhidmatan Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditamatkan dengan serta merta - MoF Inc

Tajuddin Dipecat Sebagai Pengerusi Prasarana

Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dipecat dari jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkuat kuasa serta merta.

P
erkara itu dinyatakan dalam sepucuk surat yang ditandatangani Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, lapor Malaysiakini.

“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan YB Dato’ Sri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuat kuasa serta merta,” tulis surat yang dialamatkan kepada Tajudin itu.

Perkembangan itu hadir ketika Tajuddin mendapat kecaman susulan kenyataannya ketika mengendalikan sidang media mengenai kemalangan LRT baru-baru ini.

Setakat 7.30 malam tadi, petisyen yang menggesa pemecatan Tajuddin mendapat lebih 130,000 penandatangan.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.