Semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak dibenarkan, berkuat kuasa Isnin ini hingga 6 Jun ini.
M
enteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sepanjang tempoh itu juga aktiviti berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam, adalah tidak dibenarkan.
"Ini termasuk aktiviti rasmi, sosial dan aktiviti bersemuka oleh kerajaan serta swasta.
"Bagaimanapun, keputusan ini akan disemak semula selepas dua minggu," katanya dalam kenyataan hari ini.
"Bagaimanapun, keputusan ini akan disemak semula selepas dua minggu," katanya dalam kenyataan hari ini.