Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Gambar: BERNAMA)
.
PUTRAJAYA: Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan Malaysia kerugian RM600 juta (S$196.8 juta) sehari berbanding RM2.4 bilion (S$787 juta) sehari pada Mac hingga Mei tahun lalu.
M
enteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata tidak seperti sebelumnya, PKP 2.0 membenarkan lima sektor utama negara untuk terus beroperasi manakala perusahaan kecil dan sederhana serta mikro seperti gerai dan warung juga boleh dibuka.
Lima sektor terbabit adalah pengilangan dan pembuatan; pembinaan; perkhidmatan; perdagangan dan pengedaran serta perladangan dan juga komoditi.
“Walaupun sektor-sektor ini masih beroperasi, kita tidak boleh membiarkannya kepada keadaan (dan perlu bersedia).
“Tempoh pelaksanaan PKP kali ini turut bergantung kepada kawalan penularan kes jangkitan COVID-19,” katanya dalam sesi taklimat media mengenai pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) hari ini (19 Jan).
Pakej tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam (18 Jan) yang bertujuan memerangi pandemik COVID-19, menjaga kesejahteraan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan berikutan pelaksanaan PKP kedua.
- BERNAMA/HA/ha