Kod pengesahan tersebut amnya diterima oleh pengguna untuk tujuan pengesahan apabila berlaku cubaan pertukaran nombor telefon yang dikaitkan dengan sesuatu akaun WhatsApp. Pengguna yang terpedaya menyerahkan kod pengesahan tersebut boleh menyebabkan akaun WhatsApp mereka diambil alih oleh scammer.
Baru-baru ini, kerap dilaporkan tentang penipuan melalui WhatsApp.
S
ehubungan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun WhatsApp pengguna. Taktik ini menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima daripada pihak WhatsApp.
Kod pengesahan tersebut amnya diterima oleh pengguna untuk tujuan pengesahan apabila berlaku cubaan pertukaran nombor telefon yang dikaitkan dengan sesuatu akaun WhatsApp. Pengguna yang terpedaya menyerahkan kod pengesahan tersebut boleh menyebabkan akaun WhatsApp mereka diambil alih oleh scammer.
Pautan rujukan: https://faq.whatsapp.com/general/account-and-profile/stolenaccounts/ https://faq.whatsapp.com/general/received-verification-code-withoutrequesting-it/
MCMC mengesan beberapa helah dan modus operandi yang digunakan seperti berikut:
1) Scammer menyamar sebagai rakan atau ahli keluarga dengan menggunakan akaun WhatsApp (milik rakan atau ahli keluarga) yang telah berjaya diambil alih sebelum ini; dan seterusnya merayu bantuan pengguna untuk menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima.
2) Scammer menyamar sebagai kakitangan WhatsApp dan meminta pengguna menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima.
3) Scammer sengaja membuat beberapa cubaan pengesahan yang gagal. Lantaran itu, sistem WhatsApp akan seterusnya membuat panggilan automatik ke nombor pengguna untuk memaklumkan kod pengesahan. a) Scammer kemudiannya melakukan penyamaran dan berhubung dengan pengguna untuk mendapatkan kod berkenaan;
atau
b) Sekiranya pengguna tidak menjawab panggilan automatik daripada WhatsApp dan ianya masuk ke peti mesej suara pengguna; scammer akan cuba meneka (melalui proses cubaan rambang) atau meminta kata laluan atau PIN peti mesej suara pengguna, untuk mengakses rakaman tersebut. Sehubungan itu, para pengguna adalah diingatkan agar: 1) Berwaspada terhadap permintaan kod pengesahan 6-digit WhatsApp daripada mana-mana pihak berikut: – mesej orang yang dikenali (seperti rakan atau ahli keluarga); – mesej atau panggilan orang yang tidak dikenali; atau – pihak yang mengaku sebagai kakitangan WhatsApp, serta lain- lain pihak termasuklah pihak berkuasa. 2) Tidak sama sekali menyerahkan kod pengesahan 6-digit WhatsApp kepada mana-mana pihak.
3) Melindungi akaun WhatsApp dengan pengesahan dua langkah (two-step verification). Ikuti aturan tetapan WhatsApp Settings > Account >Two-step verification >Enable, dan turuti arahan yang disediakan. (Pautan rujukan: https://faq.whatsapp.com/general/verification/howto-manage-two-step-verification-settings/).
4) Tidak sama sekali menyerahkan kata laluan atau PIN bagi peti mesej suara kepada mana-mana pihak.
5) Memastikan kata laluan atau PIN peti suara adalah rumit dan sukar untuk diteka.
Pengguna yang telah menjadi mangsa pengambilalihan akaun WhatsApp adalah disaran untuk mengikut langkah-langkah seperti di pautan berikut untuk mengambil alih semula akaun WhatsApp yang dirampas.
(Pautan rujukan) : https://faq.whatsapp.com/general/account-andprofile/stolen-accounts/).
Bagi melindungi diri daripada sebarang kemungkinan perbuatan jenayah, pengguna yang menjadi mangsa boleh membuat aduan dan laporan berhubung pencerobohan atau pengambilalihan akaun WhatsApp kepada balai polis berhampiran atau kepada MCMC menerusi saluran berikut:
Portal Aduan MCMC: https://aduan.skmm.gov.my
E-mel: aduanskmm@mcmc.gov.my
Sumber : Kenyataan Media MCMC