Selepas program i-Sinar KWSP diumumkan sebelum ini, hari ini ada satu lagi berita gembira untuk semua ahli KWSP.
P ihak kerajaan telah mengumumkan untuk memperluaskan lagi program i-Sinar kepada semua ahli yang menghadapi masalah kewangan.
Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ini menjadikan sebanyak lapan juta pencarum KWSP akan berpeluang dan layak secara automatik untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000.
Saya dengar kesusahan rakyat di media sosial termasuk tuntutan semua Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan Program i-Sinar diperluaskan kepada ahli terjejas pendapatan tidak kira hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan.
Mereka layak memohon pengeluaran tanpa mengira sektor. – Katanya.
Jika sebelum ini had pengeluaran hanya RM6,000, sekarang kita sudah boleh keluarkan pada jumlah minimum RM10,000.
Apa pendapat korang? Apa-apapun gunakanlah peluang yang diberikan kerajaan ini sebaiknya dan semoga dengan wang ini kita dapat gunakan untuk pulihkan ekonomi keluarga.