Duduk Rumah atau menari keranda dengan kami

Kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai Ghana Dancing Pallbearers atau nama asalnya Nana Otafrija Pallbearing and Waiting Service sensasi di internet selepas aksi mereka membawa keranda tular.
'DUDUK RUMAH ATAU MENARI DENGAN KAMI'

Kumpulan pembawa keranda Ghana yang menyuntik elemen tarian dalam tugas mereka memberi amaran kepada orang ramai agar mematuhi arahan kerajaan masing-masing bagi mengekang COVID-19.

Kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai Ghana Dancing Pallbearers atau nama asalnya Nana Otafrija Pallbearing and Waiting Service sensasi di internet selepas aksi mereka membawa keranda tular.

Ketua kumpulan tersebut, Benjamin Aidoo memberi ucapan penghargaan kepada barisan hadapan seluruh dunia yang bertungkus –lumus untuk mengekang COVID-19.


Semua doktor katanya sangat hebat kerana bekerja keras untuk menjaga semua orang.

Tambahnya, orang ramai boleh memilih duduk di rumah atau menari bersama kawan-kawannya.

Kumpulan berkenaan mula menjadi perhatian sejak 2017 selepas keunikan mereka yang menyelitkan tarian ketika membawa keranda.

Mereka menukar proses pengebumian menjadi satu persembahan yang turut disertakan muzik tradisional dimainkan secara langsung.

Menurut Aidoo, perkhidmatan tersebut ditawarkan sebagai pilihan kepada pelanggan perkhidmatan pengebumian yang disediakannya.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.