EDISI KHAS: Siapakah Sebenarnya Etnik Rohingnya, Kenapa Mereka Sanggup Bergadai Nyawa Untuk Lari Dari Negara Sendiri
Sekarang negara kita seolah-olah seperti diserang dengan kehadiran lebih 1000 hingga 2000 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) etnik Rohingya dan pihak berkuasa juga berjaya mengesan 5000-6000 etnik ini berada di Selat Melaka dan juga perairan antarabangsa.
Mereka dipercayai terkandas di tengah-tengah laut kerana dipercayai tiada hala tuju berlayar kerana kawalan ketat yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Baru-baru ini lebih dari 1000 etnik ini telah bertindak terjun ke dalam laut selepas bot mereka telah tersekat di beting pasir dan kebanyakkan mereka telah berenang ke Langkawi yang menimbulkan kekecohan di kalangan penduduk.
Rakaman seorang penduduk Langkawi.. .lebih kurang 1000 orang PATI berjaya mendarat di sebuah pantai di Langkawi,...
Posted by Siakap Keli on Sunday, May 10, 2015
Berdasarkan laporan media utama di Malaysia penduduk tempatan, khususnya di Langkawi, risau tentang keselamatan mereka dengan ketibaan mereka ini.
Mereka yang datang bersesak-sesak di dalam hanya sebuah bot bilis belayar dari Myanmar selama seminggu tanpa bekalan makanan dan minuman.
Semalam, 13 Mei bot negara tentera Marin Indonesia telah telah menahan dan melencongkan tiga buah bot yang dipenuhi etnik Rohingya ini ke Malaysia.
Perkara ini disahkan jurucakap angkatan laut negara itu, Manahan Simorangkir.
Beliau berkata bot tersebut telah ditunda keluar daripada wilayah negara Indonesia dan mereka tidak memaksa pendatang tersebut berbuat demikian tetapi kerana menurut pelarian tersebut mereka memang hendak pergi ke Malaysia atau Australia.
Walaubagaimanapun Encik Simorangkir tidak mendedahkan kemana hala tuju bot-bot berkenaan.
Selain itu, dua hari lepas empat buah bot kecil yang membawa 1,400 pendatang Rohingya oleh mereka telah berjaya diselamatkan di luar pantai Indonesia dan Malaysia sehari selepas 600 pendatang Rohingya yang menggunakan kapal kayu tiba di Aceh, Indonesia.
Kebayakan mereka dikatakan lari dari destiansi sebelum ini iaitu Thailand selepas negara gajah putih itu dikatakan mengambil tindakan membanteras pemerdagangan etnik Muslim Rohingya yang sedang menuju ke negara jiran, berikutan penemuan kubur mayat ditanam beramai-ramai di Songkhla, Thailand, baru-baru ini.
Dari satu laporan berita luar negara telah menemuramah pelarian ini, sungguh menyedihkan apabila mereka menceritakan bagaimana mereka datang ke Malaysia.
Menurut cerita wartawan tersebut, mereka sebenarnya sayangkan tanah mereka, negeri mereka tetapi kerana berlakunya pembebasan etnik di sana di mana entik ini dibunuh, rumah mereka dibakar dan dihalau menyebakan mereka terpaksa berbuat demikian.
Mereka datang bersesak-sesak menyelamatkan diri menggunakan bot nelayan tanpa bekalan makanan. Dalam perjalanan ada yang meninggal kerana kebuluran dan mayat mereka terpaksa dibuang ke laut.
Siapakah sebenarnya Entik Rohingya ini?
Memetik laporan Astro Awani yang menemuramah Presiden Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia Zafar Ahmad Abdul Ghani menegaskan mereka bukan pendatang asing seperti yang datang dari Bangladesh, Indonesia ataupun Nepal.
“Kita harus jelas di sini bahawa etnik Rohingya bukanlah pendatang asing yang seperti diklasifikasikan di sini. ,”
“Rakhine merupakan tanah kami. Itu memang negeri kami. Namun pada 1978 junta tentera Myanmar cuba menghalau kami dari tanah kami. Ini menyebabkan ramai yang lari ke Bangladesh. Mereka dalam golongan pelarian."
“Ini dikenali sebagai Operasi Nagamin tentera Myanmar, dimana kezaliman dibuat dan terdapat pencabulan hak-hak asasi kemanusiaan,” katanya.
Akta Kewarganegaraan 1982 yang digubal oleh tentera Junta Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu etnik di Myanmar menyebakan mereka ini tidak mendapat kewarganegaraan. Ini menyebabkan mereka dilucutkan dari sosio-ekonomi dan politik negara.
"Sekarang ini Myanmar mengiktiraf 135 golongan etnik dan etnik Rohingya tidak tersenarai,".
Menurut beliau, mereka mempunya kampung dan tanah di Rakhine sebuah kawasan yang kaya dengan pertanian, minyak, gas dan sebagainya dan ini merupakan salah satu usaha untuk pihak tentera untuk mengambil tanah mereka.
“Pada 1988, terdapat sebuah lagi operasi di mana kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas harus menjadi buruh paksa. Terdapat kezaliman lain seperti penangkapan, pembunuhan dan juga rogol.
“Kita tidak dapat memiliki apa-apa. Pisau untuk potong sayur pun tidak ada. Kalau kita ada pisau, mereka akan tahan satu keluarga dan bawa mereka keluar dari kampung itu. Kami juga tinggal di kem, kami tidak mempunyai rumah,” katanya.
Kemana hala tuju mereka? kerana berlaku kezaliman dan proses pembersihan etnik di Myanmar, ramai etnik Rohingya terpaksa meninggalkan tanah mereka.
"Sekarang terdapat 2 juta etnik Rohingya di Rakhine dan 2.5 juta di luar Rakhine.
“Macam mana kami mahu hidup di negeri sendiri, kalau pihak kerajaan mahu membunuh kami? Kami sudah tiada hak, baik kita lari sahaja,” kata Zafar.
Selain warga Bangladesh, etnik Rohingya turut mencari perlindungan di negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia dan Malaysia. Kepada mereka yang lebih bertuah, mereka mendapat suaka di negara ketiga seperti Amerika Syarikat.
“Kami bukan lari ke Malaysia sahaja. Kami berada di mana-mana... ada di sini, ada di Indonesia, Thailand, Bangladesh, Dubai, Amerika Syarikat... di mana sahaja kita boleh mendapatkan perlindungan,” katanya.
Memetik laporan MediaCorp, Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) menggesa negara-negara Asia Tenggara supaya mencari dan menyelamatkan mereka ini dipercayai ditinggalkan terumbang-ambing di tengah-tengah lautan.
Menurut jurucakapan IOM, Joe Lowry berkata, mereka tidak mempunyai keupayaan untuk mencari mereka namun pemerintah-pemerintah negara Malaysia dan Indonesia mampu melakukannya.
Beliau menambah, para pendatang mungkin berada dalam keadaan melarat, malah mungkin ada yang mati jika mereka tidak ditemui dengan secepat mungkin.
Bagi SK kerajaan Malaysia perlu memainkan peranan ini menyelamatkan mereka yang masih terumbang ambing di tengah laut Selat Melaka. Selamatkan mereka yang merupakan saudara Islam yang tertindas.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date