Terkini! Kematian guru di Kundasang dipercayai dibunuh kenalan mangsa - PDRM


Kematian guru di Kundasang dipercayai dibunuh kenalan mangsa

Susulan kes bunuh membabitkan seorang guru SK Kundasang di Kundasang pada Jumaat lepas.

P
ihak polis percaya kematian guru tersebut berpunca daripada rompakan dan samun oleh suspek yang DIKENALI mangsa. Demikian ditegaskan Pesuruhjaya Polis Sabah dalam sidang media di Kota Kinabalu kelmarin.


KOTA KINABALU - Polis percaya kes kematian seorang guru sekolah rendah di Kundasang, Ranau, pada Jumaat lepas berpunca daripada rompakan dan samun oleh suspek yang dikenali mangsa.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, berdasarkan siasatan awal, polis percaya rumah mangsa dipecah masuk suspek yang dikenalinya sebelum membunuh mangsa.


Bagaimanapun, motif sebenar kejadian masih disiasat, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan hari raya Aidiladha di Masjid Nur Islam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 10.35 pagi itu, Masinah Samadi, 50, ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian kepala dan badan di sebuah rumah berhampiran kuarters Sabah Electricity Sdn Bhd, Kundasang, Ranau.


Mangsa ditemui terbaring dan berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan oleh suaminya yang baru pulang daripada kerja. - Bernama

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.