Bot tempur TLDM berjaya dikesan - Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar

Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. - Foto Fail NSTP/Edmund Samunting

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan bahawa bot tempur CB204 yang hilang sejak pagi semalam di perairan Pulau Mengalum, Sabah sudah berjaya dikesan.

Beliau berkata, KD Ganas menerima signal dipercayai daripada CB204 di kawasan Sinar Sakti di perairan pantai barat Sabah pada jam 3 petang tadi.



"KD Ganas dan KD Lekiu sedang menuju ke posisi bot untuk menyiasat. Bot berada pada kedudukan 7 batu nautika daripada KD Ganas. Tolong doakan bot selamat," katanya menerusi Twitter beliau, sebentar tadi.

 Status di laman Twitter yang dimuatnaik oleh Panglima TLDM.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.