Parah! Pemandu Vios Cedera Kereta Langgar Lembu Di Lebuhraya


Parah! Pemandu Vios Cedera Kereta Langgar Lembu Di Lebuhraya

Satu kemalangan yang membabitkan sebuah kereta Vios dengan seekor lembu telah menyebabkan pemandu kereta berkenaan cedera dan lembut itu mati di tempat kejadian, lapor portal berita ondscene.my.

Kejadian yang berlaku di Lebuhraya Lembah Klang Selatan SKVE itu berlaku pada jam 8.30 malam semalam, 12 September 2014.

Muhamad Shukri Abdullah, pemandu Vios berkenaan, yang juga seorang pegawai kewangan cedera ringan di bibir akibat terkena serpihan kaca cermin yang pecah dek kerana kemalangan itu..



Lembu yang dilanggar dilaporkan patah leher dan kaki, dan mati di tempat kejadian.

Tak tahu lah bagaimana lembu boleh pula melintas lebuhraya, tapi jelas sekali pemilik lembu yang perlu dipersalahkan kerana tidak menjaga haiwan ternakannya dengan elok.




Kepada pihak yang bertanggungjawab, lakukanlah tindakan supaya perkara sebegini dapat dielakkan dari berlaku.

Sumber & gambar : ondscene.my

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.