
JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK (JSJN) BERJAYA MENANGKAP KELDAI DADAH FILIPINA DI KLIA.
Kuala Lumpur, 29 Ogos – Seorang wanita warga Filipina ditahan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam berikutan maklumat jenayah penyeludupan yang diterima oleh pihak polis.
Wanita terbabit ditahan kira-kira jam 7.35 pagi selepas menyembunyikan lima bungkusan plastik mengandungi ketulan kristal disyaki syabu seberat 3.1 kilogram bernilai RM620,000 di dalam bagasinya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date