Apa itu kotak hitam


Kenapa warna oren? Jaket pelampung atau PFD (personal floatation device) pun berwarna oren/jingga serta bot-bot kecemasan di kapal-kapal serta fasilit maritim pun berwarna oren/jingga - warna ini lebih mudah dikesan berbanding warna-warna lain.

Menjawab persoalan Kotak hitam


Kotak hitam ni sebenarnya adalah sistem perakam suara dan data penerbangan untuk sesebuah pesawat. Sistem ini adalah penting lebih-lebih lagi apabila berlakunya kemalangan yang melibatkan sesebuah pesawat, maka pasukan penyiasat akan mengambil data yang terdapat dalam kotak hitam.

Data apakah yang terdapat dalam kotak hitam?


Salah satu komponen data dalam kotak hitam adalah CVR - Cockpit Voice Recorder atau perakam suara kokpit yang akan merakam perbualan di bahagian kokpit pesawat serta antara pesawat dengan menara kawalan.

Flight Recorder atau nama lainya ADR - Accident Data Recorder pula merekodkan parameter atau data-data penerbangan.



Mengapakah kotak hitam berwarna oren?


David Warren merupakan pelopor untuk penciptaan kotak hitam dan kehilangan ayahnya semasa kecil dalam satu kejadian pesawat terhempas. Pada 1953, semasa beliau berkerja sebagai seorang jurutera penyelidik aeronautik, Warren telah membuahkan idea black box selepas mengikuti satu siasatan yang melibatkan sesebuah pesawat terhempas.

Perekod data penerbangan yang pertama dicipta pada sekitar 1960-an dan istilah black box lahir dari warna peralatan tersebut. Ketika itu, black box sememangnya dicatkan warna hitam bagi menghalang sebarang gangguan yang berpunca dari cahaya yang boleh menyebabkan kerosakan pada filem-filem yang bertindak menyimpan data penerbangan.

Namun begitu, inovasi kotak hitam diteruskn dengan pelbagai penambah baikan. Kini, kotak hitam mampu untuk bertahan pada suhu yang tinggi serta didatangkan dengan warna oren/jingga (jika bukan merah, tetapi warna oren tetap menjadi pilihan) bagi memudahkan pasukan penyiasat dan pasukan penyelamat untuk mengesan kedudukan kotak hitam secara visual.



Kenapa warna oren? Jaket pelampung atau PFD (personal floatation device) pun berwarna oren/jingga serta bot-bot kecemasan di kapal-kapal serta fasilit maritim pun berwarna oren/jingga - warna ini lebih mudah dikesan berbanding warna-warna lain.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.