Sekitar ketibaan Pasangan Gergasi Panda Fu Wa dan Feng Yi


PESAWAT khas membawa pasangan panda gergasi selamat tiba di Kompleks MASKargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada jam 7.53 pagi tadi. - Foto NSTP

SEPANG: Pasangan panda, Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) yang dipinjamkan oleh Kerajaan China kepada Malaysia selama 10 tahun, selamat tiba di Kompleks MASKargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada jam 7.53 pagi tadi

Ketibaan dua ekor panda yang dibawa menaiki penerbangan khas, MH6462 MASKargo, dari pangkalan panda gergasi di Dujiangyan, Chengdu, China itu disambut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel dan Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.






Palanivel dalam ucapannya sempena ketibaan itu, berkata pasangan panda berkenaan akan terus dibawa ke Zoo Negara untuk dikuarantinkan selama 30 hari di ekshibitnya yang sudah siap dibina.



Ia dijangka dapat ditonton oleh pengunjung Zoo Negara, akhir Jun ini.
:: IKLAN ::


Ketibaan pasangan panda itu sangat bermakna buat Malaysia memandangkan kedua-dua negara bakal merayakan Ulang tahun Ke-40 hubungan Diplomatik Malaysia-China.



Feng Yi bermaksud Phoenix/unik luar biasa dan Fu Wa (bertuah) yang dilahirkan pada 23 Ogos 2003 itu, antara lapan panda yang mendapat perhatian ramai dan turut menyerikan Olimpik Beijing 2008.

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA), menandatangani memorandum persefahaman (MoU) meminjam dua beruang panda daripada republik itu selama 10 tahun.

PANDA Gergasi, Feng Yi (panda betina) dipamerkan kepada media sejurus tiba dengan penerbangan khas MASkargo dari Chengdu, China ketika di Kompleks MASkargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. 
Ia dilakukan menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.



Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia akan berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.


Penghantaran pasangan panda itu pada mulanya dijadual pada 16 April lepas, tetapi ditangguh, berikutan kerajaan China mahu menumpukan usahanya untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Tak sabar rasanya nak melawat si Feng Yi dan Fu Wa di Zoo Negara nanti. Selalu tengok dalam game Zoo Tycoon aje (tak tahulah korang pernah main ke tidak). Ini dapat tengok live mesti mengancam. Antara spesis haiwan yang semakin diambang kepupusan. Kenapa mereka perlu ada di negara ini? Ianya 'jambatan' untuk hubungan diplomatik yang lebih baik. 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.