Mari kita beramai-ramai mengunjungi hari terbuka KLIA2.SHARE supaya lebih ramai orang tahu mengenai hari terbuka KLIA2 |
KUALA LUMPUR: Terminal binaan khas terbesar di dunia untuk penerbangan tambang rendah, klia2, akan dibuka kepada orang ramai pada Ahad, 27 April ini (pendaftaran bermula pada jam 9 pagi, program tamat pada 5 petang).
"Akan ada banyak aktiviti menyeronokkan menunggu pengunjung, termasuk peluang untuk melawat terminal domestik dan antarabangsa lapangan terbang itu dan merasai sendiri proses sebenar pelepasan dan ketibaan di terminal baharu itu," katanya.
Pas berangkat akan dikeluarkan kepada pelawat semasa pendaftaran sebagai cenderahati, manakala satu lagi peluang yang tidak boleh dilepaskan ialah pengalaman menaiki jambatan Udara, Skybridge, klia2, yang pertama di Asia dan ketiga di dunia.
KLIA2 akan dibuka pada Mei ini. |
MAHB berkata lawatan menggunakan bas ke landasan 3 yang baharu juga akan dibuat, termasuk di kemudahan udara yang lain.
Pesawat pertama yang mendarat di KLIA 2 |
Air Asia akhirnya mendarat di KLIA 2. |
Orang ramai tidak dibenarkan membawa barangan larangan seperti objek tajam ke lapangan terbang itu.
Terdapat tempat letak kenderaan percuma, dengan 6,000 petak berbumbung di Blok A dan B serta 5,500 petak letak kereta di kawasan D.
Hishammuddin Hussein semasa merasmikan Pusat Kawalan Udara KLIA2 yang dijangka beroperasi Mei nanti. |
Tahniah KLIA 2 |
- BERNAMA