華裔警察特別招募活動: Eksesais pengambilan khas jawatan Konstabel (lelaki/wanita) bagi menggalakkan kaum Cina menyertai PDRM bermula 2 Mac 2014 hingga 30 April 2014.
SYARAT LANTIKAN
- Warganegara Malaysia (kaum Cina)
- Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan.
KELAYAKAN AKADEMIK
- Lulus SPM dengan mendapat kelulusan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
ATAU;
- Telah menduduki SPM mengikut sistem terbuka dengan mendapat Kepujian di dalam 2 mata pelajaran dan Lulus Bahasa Melayu serta lulus dalam 3 mata pelajaran lain dalam satu peperiksaan atau dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.
KELAYAKAN FIZIKAL
- Tinggi sekurang-kurangnya 163sm (lelaki), 157sm (wanita);
- Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (Lelaki), 48kg (Wanita);
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Ukuran lilitan dada biasa 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (Lelaki);
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 menggunakan cermin mata atau Kanta Lekap (Contact Lens);
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN;
- Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.
CARA MEMOHON
- Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati secara PERCUMA di Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran atau muat turun di pautan ini:https://docs.google.com/file/d/0B1jGImY0Uc5BNG1tbzl3REN4RVE/edit
- Pemohon hendaklah hadir sendiri di IPD yang berhampiran untuk mengambil borang dengan membawa sijil asal SPM.
- Borang akan diberi kepada pemohon yang mencukupi syarat di para 3 dan para 5 (5.1, 5.2 dan 5.3) sahaja.
- Borang permohonan hendaklah diisi dengan menggunakan HURUF BESAR dan ditulis dengan ballpoint hitam.
- Borang Permohonan yang lewat diterima oleh pejabat ini selepas tarikh tutup iklan tidak akan diproses.
- Semua Permohonan hendaklah disertakan dengan:-
a). Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran pemohon;
b). Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran ibu bapa;
c). Salinan Sijil SPM dan kelulusan yang lebih tinggi.;
d). Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Ibu Pejabat Polis yang berdekatan untuk diedarkan ke Unit Pengambilan, Bukit Aman atau dihantar terus ke alamat di bawah.
KETUA POLIS NEGARA
(UNIT PENGAMBILAN)
IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA
50560 BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR.
TEL: 03-22668350
Sumber : FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )