Anak Rozita Che Wan Antara Yang Pergi Konsert Dadah - Festival Future Music Asia

Anak Rozita Che Wan Antara Yang Pergi Konsert Dadah

CABARAN untuk membesarkan anak-anak ketika di peringkat remaja bukanlah sesuatu yang mudah ditambah pula dengan gelojak jiwa remaja..

Malah, perkara ini turut diakui oleh selebriti cantik, Rozita Che Wan, apabila dua anak lelakinya, Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16, kini mempunyai keinginan seperti remaja lain.

Akui Che Ta, insiden yang menyebabkan kematian enam remaja di konsert Festival Future Music Asia (FMFA) 2014, memberi iktibar kepada dirinya untuk lebih berhati-hati.

Menurut isteri kepada Zain Saidin ini, kebetulan pula, anak lelakinya itu turut mengunjungi konsert berkenaan.

“Sebenarnya, anak saya pun turut ke sana untuk menonton konsert berkenaan. Tapi, sebelum itu, saya dah pesan awal-awal dan bagi ‘khutbah’ siap.

“Lagipun, saya benarkan dia pergi kerana saya kenal kawan-kawannya. Mereka juga turut dipantau ibu bapa juga.

“Bagi saya, sekadar nak tengok konsert dan dengar muzik, itu tidak mengapa,” katanya yang tidak menyangka konsert berkenaan turut ‘dibekalkan’ dengan najis dadah.

Tambah bakal ibu ini, anaknya juga hanya mengetahui kejadian yang berlaku di konsert berkenaan menerusi berita.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.