Video Animasi tragedi pelancong German tergelincir di Puncak Kinabalu.

Pelancong wanita warga Jerman maut terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Pelancong wanita warga Jerman maut terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu.

Seorang pelancong wanita warga Jerman maut selepas terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu di Ranau, yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.

Difahamkan, ketika kejadian pada 6 pagi ini, mangsa Victoria Paulsen, 22, bersama rakan-rakannya sedang menunggu matahari terbit di puncak gunung tertinggi di Malaysia itu.

Jurucakap Taman-taman Sabah berkata, usaha membawa turun mayat masih dijalankan oleh pasukan penyelamat, dan dijangka tiba di Timpohon Gate iaitu laluan untuk memulakan pendakian, lewat petang ini.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Abdul Rahman Kassim mengesahkan kejadian itu.

Gunung Kinabalu merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.



Wanita Warga Jerman Maut di Gunung Kinabalu !

Kita di gempar kan dengan berita sedih apabila seorang pelancong yang mendaki Gunung Kinabalu untuk mengambil pemandangan  indah di gunung tersebut maut akibat terjatuh.


Wanita warga Jerman itu maut selepas terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu di Ranau, yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.


Difahamkan ketika kejadian pada 6 pagi semalam, mangsa, Victoria Paulsen, 22, bersama rakan-rakannya sedang menunggu matahari terbit di puncak gunung tertinggi di Malaysia itu.


Ketua Polis Daerah Ranau DSP Abdul Rahman Kassim berkata mangsa yang sedang menuntut di Universiti Xiamen, China itu dikatakan jatuh dari salah satu puncak di gunung itu yang dikenali sebagai 'Low Peak' pada ketinggian dianggarkan 30 meter.


Mayat mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 6 petang dan kini ditempatkan di rumah mayat di Hospital Ranau sementara menunggu post mortem, katanya. Abdul Rahman berkata pihaknya akan berhubung dengan pihak kedutaan Jerman untuk tindakan lanjut.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.