HomeslideRemaja mati akibat terkena sinki Remaja mati akibat terkena sinki 0 Admin 5:31 AM Polis klasifikasi remaja mati terkena sinki kematian mengejut ALOR SETAR 16 Feb. - Polis mengklasifikasikan kes kematian seorang remaja lelaki yang dipercayai akibat terkena sinki pecah di sebuah hotel dekat sini sebagai mati mengejut. Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata, hasil bedah siasat mendapati Tan Ming Shen, 14, mati akibat pendarahan yang berpunca daripada kecederaan vascular pada paha kirinya. Beliau berkata, mangsa dan rakan-rakannya mendaftar masuk ke hotel di Tandop itu pada pukul 8.15 malam Jumaat lalu beberapa jam sebelum insiden tersebut berlaku pada 12.50 pagi semalam. - BERNAMA Tags slide Newer Older