HomeslideLayanan diskriminasi tidak masuk akal di konsert Shah Rukh Khan Layanan diskriminasi tidak masuk akal di konsert Shah Rukh Khan 0 Admin 4:51 AM Mangsa Diskriminasi Konsert Shah Rukh Khan Kredit foto mStar online. KONSERT Temptation Reloaded Datuk Shah Rukh Khan & Friends yang berlangsung semalam Di Stadium Merdeka semalam membuktikan populariti bintang Bollywood Datuk Shah Rukh Khan (SRK) masih lagi bergemerlapan terang. Walau masih belum pulih sepenuhnyya daripada kecederaan kaki, bahu dan kepala yang dialaminya semasa menjalankan penggambaran, SRK tetap berjaya memberikan persembahan yang baik dan sekaligus mengubat kerinduan peminat Bollywood di Malaysia terhadapnya. Namun, persembahan tiga jam SRK itu tentunya boleh diulas penulis dengan lebih baik sekiranya penulis dapat melihat persembahan beliau dengan lebih jelas. Malangnya, hanya media ‘terpilih’ sahaja yang diberi tempat duduk yang berdekatan dengan pentas. Para media yang ‘kurang penting’ diberi tempat duduk di kerusi paling murah untuk konsert itu (RM79) dan lokasinya amat jauh dari pentas. Pandangan dari tempat duduk bagi tiket yang berharga RM79.00. Sebagai pelapor media, penulis tidak pernah berkira dalam memberikan publisiti sekalipun ianya publisiti percuma. Pada dasarnya, penulis cuba memberikan liputan yang TELUS, ADIL dan TERBAIK untuk setiap acara ataupun berita dunia hiburan samada tempatan mahupun antarabangsa. Bagi penulis, tidak wajar bagi pihak penganjur untuk ‘mengkastakan’ ahli-ahli media mengikut citarasa peribadi. Setiap laporan yang diberi untuk konsert ini adalah penting kerana ia dapat memastikan konsert sama pada masa hadapan akan mendapat sambutan yang sewajarnya. Setiap penulisan yang dibuat tentang konsert ini sebenarnya adalah jentera kuat yang membantu penjualan tiket konsert ini. Apatah lagi sekiranya laporan dibuat melalui agensi ‘online’ yang merupakan medium efektif mempromosikan sebarang acara hiburan di kalangan rakyat Malaysia. Namun, penulis dan teman-teman yang diketepikan tetap ingin berterima kasih kepada pihak penganjur kerana masih sudi menjemput para media seperti kami walaupuna yang ditempatkan di blok kawasan kerusi paling murah. Mungkin pihak penganjur berimpresi yang para wartawan seperti kami ini hanya mahukan tiket percuma. Tidak dinafikan ada sesetengah media yang memang suka berminta-minta, tetapi tidak semua ahli media bersikap sedemikian. Kedudukan kerusi RM79 yang jauh dari pentas ini membataskan peluang untuk para media untuk menilai konsert ini dengan lebih baik dan ini tentunya bukan satu keputusan yang bijak dibuat pihak penganjur. Apabila berjauhan dari pentas, bunyi lagu yang dikeluarkan akan kurang impaknya dan penglihatan yang jelas juga akan terjejas. Walaupun terdapat skrin dipacakkan di kiri kanan pentas, ramai 'wartawan yang tersisih' di kerusi RM79 ini mengeluh kerana sukar untuk mereka menilai konsert tersebut dengan sebaiknya. Jurugambar juga tidak dibenarkan merakamkan gambar konsert tetapi pihak penganjur berjanji akan menghantar gambar-gambar persembahan sebaik saja konsert itu tamat. Apabila kami cuba mendapatkan penjelasan mengenai ‘peraturan’ tersebut daripada pihak penganjur, jawapan yang mereka berikan berbunyi: “Tempat media sangat terhad. Hanya media yang terpilih sahaja kami berikan pas media untuk membuat liputan. Kepada media yang lain, kami berikan tiket. Dan kami rasa anda masih lagi boleh membuat ulasan dari tempat duduk anda, bukan?,” kata wakil penganjur. Dengan jawapan sebegitu, jelas pihak penganjur meletakkan kelas kepada media. Mereka yang penting diletakkan di tempat yang selesa dan strategik dan mereka yang kurang penting diletakkan di lokasi ‘pedalaman’. Namun apa yang pelik, di kala konsert ini memerlukan promosi daripada pihak media, layanan tidak pula sebegini. Setelah publisiti yang diperlukan diraih, pihak media yang kurang penting mula dianak-tirikan. Sebenarnya, pihak penganjur tidak perlu menempatkan wartawan yang dianggap ‘picisan’ ini di tempat VIP. Cukuplah sekadar di tempat duduk yang boleh memberikan penglihatan yang jelas untuk kami membuat laporan. Fokusnya di sini ialah untuk memberikan pengalaman yang terbaik buat wartawan supaya beliau dapat mengintepretasikan pengalaman itu kepada sebuah rebiu yang cemerlang. Mungkin adalah baik bagi pihak penganjur (2Spicy Entertainment dan Hitman Solution Sdn Bhd) mengkaji semula keputusan yang dibuat dalam pengurusan media mereka dalam melangsungkan konsert Temptation Reloaded Datuk Shah Rukh Khan & Friends ini. Diharap kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi kerana penulis sendiri berasa kurang enak untuk menulis laporan negatif sebegini. Tags Artis slide Newer Older