Kaji Selidik: Rakyat Malaysia paling gembira di Asia

Kaji Selidik: Rakyat Malaysia paling gembira di Asia

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Benarkah Rakyat Malaysia paling gembira di Asia?

Rakyat Malaysia disenaraikan paling gembira di rantau Asia, berbanding penduduk Hong Kong, China, Singapura dan Korea Selatan.

Menurut kaji selidik agensi penyelidikan, IPSOS Asia Pasific, syarikat global dalam bidang kajian pengiklanan, pemasaran, media dan perhubungan awam itu, tiga faktor utama yang menyumbang kepada tahap kegembiraan adalah keintiman hubungan bersama pasangan (53 peratus), hubungan bersama ibu bapa (46 peratus) serta kebahagiaan mempunyai kesihatan ahli keluarga dan rakan yang baik (41 peratus).


466 responden terbabit

Kaji selidik dilakukan terhadap 466 responden pelbagai kaum di lima negara terbabit yang berusia antara 18 hingga 50 tahun.


Pengarah Eksekutif IPSOS, Katharine Davis, berkata ikatan kekeluargaan memainkan peranan penting dalam menentukan kebahagiaan rakyat Malaysia, sekali gus mencerminkan budaya mereka yang sering mengutamakan hubungan sesama ahli keluarga.

Kegembiraan rakyat Malaysia berkait rapat dengan hubungan kekeluargaan yang erat, sekali gus merangsang kepada kesihatan yang baik.

Katharine Davis

Pengarah Eksekutif IPSOS

Murung masalah kewangan

“Namun perkara utama yang sering membawa kepada kemurungan apabila mereka menghadapi masalah kewangan yang tidak mencerminkan kestabilan hidup,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Kaji selidik itu juga membuat perbandingan ke atas kegembiraan mengikut jantina di empat negara berkenaan dan Malaysia mencatatkan peratus kegembiraan lelaki dan wanita pada tahap sama iaitu 32.

Sementara itu, di Singapura dan Hong Kong, wanita mencatatkan peratusan kegembiraan yang tinggi berbanding lelaki, masing-masing pada 26 dan 13.

Bagaimanapun, China dan Korea Selatan menunjukkan lelaki mempunyai peratusan kegembiraan yang lebih tinggi iaitu 20 dan 14 peratus.


Secara keseluruhan, data menunjukkan wanita di negara ini meletakkan keutamaan di dalam perhubungan kekeluargaan, sekali gus menyumbang kepada faktor kegembiraan mereka.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.