Sasterawan Indonesia Perkosa pelajar Universiti sampai Hamil

Sasterawan Indonesia Perkosa pelajar Universiti sampai Hamil

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Sasterawan Indonesia Perkosa pelajar Universiti sampai Hamil

Pemimpin Front Pembela Islam (FPI) semalam mendesak penulis dan budayawan Sitok Srengenge dikenakan hukuman rejam sehingga mati kerana merogol seorang mahasiswa.

Habib Rizieq Shihab berkata budayawan Salihara itu perlu direjam kerana sudah berkeluarga dan menodai mangsa sehingga menyebabkan wanita terbabit hamil.

“Jika dia muhsan (lelaki yang berkahwin dengan nikah sah dan terpelihara daripada zina, maka hukumnya adalah direjam sampai mati,” katanya.

Sitok - atau nama sebenarnya Sitok Sunarto - didakwa merogol mahasiswa sehingga hamil tujuh bulan.

Pada awalnya Sitok cuma didakwa melakukan hubungan sulit dengan wanita terbabit tetapi ia kemudian bertukar menjadi kes rogol beberapa hari lalu.

Habib Rizieq berkata, kumpulan Salihara adalah “masyarakat liberal yang menghalalkan zina” termasuk hubungan seks luar tabii.

Sementara itu, penulis Jerman Dr Katrin Bandel turut tampil mengulas isu itu.

Katanya, dia tidak tahu sepenuhnya fakta kes Sitok dengan mahasiswa itu tetapi menyedari beberapa perkara yang dianggap pelik terutama maklum balas dan komen diberi di laman sembang sosial serta portal berita.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.