MMA UFC 168: Weidman vs Silva, Rousey vs Tate

MMA UFC 168: Weidman vs Silva, Rousey vs Tate

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


MMA UFC 168: Weidman vs Silva, Rousey vs Tate

Perlawanan UFC antara Chris Weidman lawan Anderson Silva dan Ronda Rousey lawan Miesha Tate merupakan pertembungan paling hangat dalam sukan MMA tahun ini.

Apa yang mengagumkan tentang perlawanan yang akan berlangsung di Las Vegas nanti (9 pagi waktu Malaysia), adalah yang semua dari 11 perlawanan amat menarik dan mampu menjadi 'main-event' dalam acara atau kejohanan lain termasuk PRIDE, DREAM dan Strikeforce - UFC edisi 168 ini membuktikan keunggulan dan prestij Ultimate Fighting Championship.

Chris Weidman (10-0) vs. Anderson Silva (33-5)

Nama 'Anderson Silva' sering disebut sebagai 'fighter' terbaik generasi ini. Malah beliau dianggap sebagai yang terbaik dunia atau "#1 pound-for-pound fighter".

Sedikit sejarah: Definisi "pound-for-pound" ini muncul dalam tahun 50an apabila ramai menyoal jika peninju Sugar Ray Robinson mampu menguasai kelas berat badan yang lain, jadi definisi itu menjadi ranking bagi membandingkan peninju yang berada di kelas yang berlainan.

Pendek kata Anderson sering mencatatkan kemenangan yang bergaya. Malangnya keyakinan beliau yang keterlaluan menjadi punca kekalahannya kepada Chris Weidman dalam pertemuan terakhir mereka.

Walaupun terkenal dengan kecekapan teknik keseluruhan serta striking dan kemampuan Muay Thai TERMASUK beberapa rekod lain seperti rekod striking yang paling tepat (67.8%), rekod kemenangan paling lama (16 perlawanan), kejuaraan paling banyak (11), pertahananan kejuaraan paling banyak atau 'title defense' (10) - Weidman adalah atlit yang terkenal dengan ketangkasannya serta kemampuan grappling yang mantap - tambahan pula Weidman telah memberi Silva 'knock-out' tanpa perlu menggunakan grapplingnya.

Perbezaan yang paling ketara adalah usia muda Weidman (29) berbanding dengan Silva (38) dan walaupun Silva amat berpengalaman, kami yakin Weidman akan mengulangi kemenangannya dalam 're-match' ini.

Ronda Rousey (7-0) vs. Miesha Tate (13-4)

Jika anda baru mengikuti sukan MMA, ia mungkin agak aneh untuk menyaksikan atlit wanita bertembung dalam octagon. Ini adalah perlawanan yang akan mengubah pendapat anda tentang atlit wanita UFC.

Kebencian Ronda terhadap Miesha amat jelas semasa di luar octagon dan persaingan antara kedua-dua mereka amat sengit. Label 'musuh ketat' tidak cukup untuk menjelaskan tentang sejarah dan hubungan mereka.

Miesha adalah pakar grapple dan mempunyai kemampuan striking yang baik tetapi kekuatan dan ketangkasan Ronda telah memberinya kemenangan setiap kali dari tujuh perlawanan terakhir dalam pusingan pertama dengan 'arm-bar'.

Josh Barnett (33-6) vs. Travis Browne (15-1-1)

Perlawanan keels heavy-weight ini amat dinantikan beberapa penggemar MMA kerana Barnett amat ganas dan adalah 'wrestler' yang handal sementara Browne mempunyai kemampuan untuk melancarkan serangan efektif dari jarak jauh dan dijangka akan mengekalkan taktik yang sama.

Ini adalah perjuangan taktikal antara dua corak yang berlainan yang akan menampilan beberapa detik menarik dengan teknik yang berbeza.

Senarai Penuh Perlawanan:

Middleweight Chris Weidman (c) vs. Anderson Silva
Women's Bantamweight Ronda Rousey (c) vs Miesha Tate
Heavyweight Josh Barnett vs Travis Browne
Lightweight Jim Miller vs. Fabrício Camões Catchweight (151.5 lbs)
Dustin Poirier vs. Diego Brandao Preliminary card (Fox Sports 1)
Middleweight Chris Leben vs. Uriah Hall
Lightweight Gleison Tibau vs. Michael Johnson
Featherweight Dennis Siver vs. Manvel Gamburyan
Welterweight John Howard vs. Siyar Bahadurzada
Preliminary card (Online)
Welterweight William Macario vs. Bobby Voelker
Featherweight Robbie Peralta vs. Estevan Payan



Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.