Diplomat Wanita India diarah buka baju oleh Polis New York


Diplomat kena buka baju Devyani Khobragade 

Krisis diplomatik meletus di antara India dan Amerika Syarikat semalam selepas seorang diplomat wanita New Delhi ditahan dan diarah menanggalkan pakaian untuk pemeriksaan oleh polis New York.


Penasihat Keselamatan Kebangsaan India, Shivshankar Menon marah dengan layanan ke atas Timbalan Konsul Besar India di New York, Devyani Khobragade, 39, dan mengecam tindakan polis.
 
Devyani ditahan dan digari selepas menghantar anak perempuannya ke sekolah dan dimasukkan dalam penjara bersama penjenayah, penagih dadah dan pelacur sebelum dibebaskan atas ikat jamin AS$250,000 (RM800,000) selepas mengaku tidak bersalah.

“Layanan ke atasnya adalah menjijikkan dan tidak bertamadun,” tegas Menon.

Devyani dituduh mengemukakan dokumen palsu mendapatkan visa pekerjaan bagi orang gajinya di Manhattan.

Ditahan dan digari


Pegawai India berkata, Devyani ditahan dan digari selepas menghantar anak perempuannya ke sekolah dan dimasukkan dalam penjara bersama penjenayah, penagih dadah dan pelacur sebelum dibebaskan atas ikat jamin AS$250,000 (RM800,000) selepas mengaku tidak bersalah.

Pegawai kanan India mendedahkan, Devyani juga melalui pemeriksaan selepas diarah menanggalkan pakaian, perkara utama yang dilaporkan di negaranya.

India dilaporkan bersedia bertindak balas ke atas diplomat Amerika di sini dengan memberi amaran keistimewaan mereka akan dikurangkan, selain menuntut maklumat mengenai gaji yang dibayar kepada orang gaji mereka, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).

Pekerja juga memindahkan hadangan trafik dekat kedutaan Amerika di New Delhi yang diletak sebagai langkah keselamatan.

PTI melaporkan, langkah itu diarahkan oleh kerajaan India yang berang dengan layanan kepada Devyani.

New Delhi juga menyokong pandangan Devyani yang berkata, jika beliau melakukan jenayah berat, mengapa beliau dibebaskan dua jam selepas ditahan.

Jabatan Negara Amerika pula mengisytiharkan pegawai konsular tidak mempunyai imuniti.

Cubaan alih perhatian


India, bagaimanapun melihat itu sebagai cubaan melarikan perhatian daripada isu sebenar iaitu penghinaan ke atas diplomat India di khalayak ramai.

Pendakwa menuduh Devyani yang mendakwa memberi gaji AS$4,500 (RM14,400) sebulan sebenarnya memberi gaji kurang daripada gaji minimum.

Devyani merancang menolak tuduhan dan mencabar penahanannya kerana beliau memiliki kekebalan diplomatik.

Tetapi, jika didapati bersalah atas kesalahan visa, Devyani boleh dihukum 10 tahun dan lima tahun lagi kerana membuat keterangan palsu.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.