Wawa Zainal Bersama Keluarga (Gambar)

Susulan kontroversi yang timbul mengatakan Wawa Zainal sudah berkahwin dengan aktor, Aeril Zafrel tersebar, peminat hiburan tempatan makin menggali cerita tentang pelakon cantik ini.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)




Wawa yang diminati ramai selepas membintangi banyak drama dan filem terbitan Metrowealth antaranya Hantu Dalam Botol Kicap dan Tiga Temujanji mempunyai kerjaya lakonan memberangsangkan malah pernah dinobatkan sebagai Artis Terbaru Wanita Popular ABPBH 2012.

Wawa bagaimanapun mula menghilangkan diri sejak Februari dan Mac lalu atas alasan pulang ke kampung di Sabah untuk berubat penyakit misteri.

Kehilangannya mencetuskan tanda tanya hinggalah sebuah akhbar tempatan melaporkan minggu lalu, Wawa dan Aeril sebenarnya sudah bernikah pada 4 Februari dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 24 Ogos 2013.

Aeril kemudiannya menafikan isu pernikahan ini dan berjanji akan menjelaskan situasi sebenar pada Jumaat(hari ini). Sama-samalah kita nantikan apa cerita sebenarnya.

Apa pun, susulan kontroversi ini makin ramai peminat ingin mengetahui lebih lanjut tentang Wawa termasuk siapa keluarganya.


Di sini, kami kongsikan gambar Wawa bersama keluarga untuk tatapan anda. Sweet kan?


Walau apa pun yang sudah terjadi, semoga Wawa akan terus tabah.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.