Merbahaya! Produk Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold dan Jus Penawar boleh bawa maut

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini adalah disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli professional kesihatan. - Sumber foto KKM
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Awas! Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold dan Jus Penawar boleh bawa maut

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengeluarkan perintah larangan penjualan tiga jenis suplemen – Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold dan Jus Penawar – yang didakwa dikeluarkan syarikat Sri Saga Marketing Sdn Bhd.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan hasil pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan ke atas produk-produk berkenaan mengandungi steroid terlarang di bawah Akta Makanan yang hanya digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius.

"Hasil analisis turut mengesahkan ada di antara produk berkenaan mengandungi dexamethasone dan prenidsolone yang merupakan bahan steroid yang boleh mengakibatkan kesan sampingan serius.
"Antaranya termasuk kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, peningkatan risiko jangkitan dan katarak.

Al Sunnah Jus pembawa maut. - Foto KKM

Beliau turut mengarahkan peniaga termasuk peniaga dalam talian yang masih mempunyak stok produk tersebut agar menghentikan serta-merta penjualan semua produk dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah untuk tujuan penyitaan.

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini adalah disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli professional kesihatan.

Pengguna yang telah mengambil produk ini untuk jangka masa yang lama digesa supaya tidak memberhentikan penggunaannya secara mendadak dan mendapatkan nasihat serta rawatan serta-merta.

Ini untuk mengelakkan masalah seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang boleh membahayakan kesihatan akibat ‘withdrawal syndrome’.

Awas! Ini jus yang boleh membawa maut. - Foto KKM

Baru-baru ini, seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an dilaporkan meninggal dunia selepas mengambil suplemen itu secara berterusan selama enam bulan.

Wanita yang berasal dari Singapura itu dilaporkan mengadu mengalami sesak nafas dan sakit di bahagian belakang sebelum dikejarkan ke hospital.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.