Header Ads

Up2date Terkini!
recent

TERKINI! Bekas pemimpin Malaysia akan terbang ke Indonesia

TERKINI! Sumber: Bekas pemimpin Malaysia akan terbang ke Indonesia
TERKINI! Sumber: Bekas pemimpin Malaysia akan terbang ke Indonesia

Sumber memaklumkan, ada pesawat bakal membawa pemimpin Malaysia ke Indonesia

Menurut sumber, ada sebuah pesawat persendirian yang berpangkalan di Indonesia dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.


Sumber tersebut memaklumkan kepada Astro AWANI, nama penumpang yang bakal menaiki pesawat tersebut adalah bekas pemimpin Malaysia serta isterinya.

Drpd semakan 4 Letter Code WIHH adalah (Halim Perdanakusuma International Airport) dan WMSA adalah (Sultan Abdul Aziz Shah Airport)




Pesawat itu dijadual mendarat pukul enam pagi 12 Mei di Subang dan dijadual berlepas ke Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma pukul 10 pagi 12 Mei.

SUMBER

Kecewa dengan keputusan PRU, Najib mohon maaf sebelum keluar bercuti


NAJIB: Saya minta maaf atas sebarang kelemahan dan kesilapan, dan terima kasih rakyat Malaysia kerana memberi peluang kepada saya untuk memimpin negara hebat kita ini. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR



Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil keputusan untuk bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga selepas kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Dalam satu catatan di Twitter miliknya hari ini, beliau berkata BN komited untuk membantu proses peralihan kuasa seperti yang dinyatakannya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

"Selepas empat puluh tahun dalam arena politik dan berdasarkan kempen pilihan raya baru-baru ini yang dilihat merupakan satu detik penting dalam sejarah Malaysia, saya membuat keputusan untuk bercuti untuk tempoh yang pendek dan meluangkan masa bersama keluarga.

“BN hormati kehendak rakyat dan akan membantu untuk memudahkan proses peralihan kuasa. "Apa yang terbaik untuk Malaysia dan rakyatnya sentiasa menjadi keutamaan saya. Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dengan kapasiti yang ada," kata Najib.

Keputusan PRU14 menyaksikan sejarah baharu terlakar apabila Pakatan Harapan (Harapan) berjaya memperoleh majoriti mudah melalui kemenangan di 113 kerusi Parlimen.

Ia sekaligus membolehkan Harapan menerajui mandat pemerintahan negara buat pertama kali selepas 60 tahun diperintah BN.

Manakala, hasrat BN untuk mengekalkan pentadbiran negara tidak kesampaian apabila hanya mampu menang di 79 kerusi Parlimen.

Berdasarkan pemilihan rakyat pada 9 Mei lalu, Najib menerusi Twitter beliau memohon maaf kepada penyokong BN dan rakyat Malaysia.

“Saya berdoa selepas keadaan berpecah belah ini, negara akan bersatu.

"Saya minta maaf atas sebarang kelemahan dan kesilapan, dan terima kasih rakyat Malaysia kerana memberi peluang kepada saya untuk memimpin negara hebat kita ini.

"Ia merupakan satu pencapaian dan kebanggaan bagi diri saya untuk berkhidmat untuk anda dan Malaysia," tambah Najib.

Petugas media berkumpul di terminal kapal terbang selepas jadual penerbangan Najib dan Rosmah menjadi tular


No comments:

Powered by Blogger.