HARGA PROMOSI ONLINE DEKODER MYTV RM199

Pengedaran Unit Dekoder MYTV RM 199 sedang berjalan dengan rancak!
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



HARGA PROMOSI DEKODER MYTV RM99

Anda kini boleh membeli dekoder MYTV Advance pada harga promosi RM199* (termasuk GST) secara online

Harga promosi ni masih lagi ada sehingga September 2017. Jimat RM150 kalau beli sekarang. Ya, ada harga DISKAUN dan ia DEKODER ADVANCE MYTV.

Cepat dapatkan DEKODER ini pada harga murah-murah selagi ada stok.

Edaran besar-besaran akan dilakukan di seluruh negara.


Klik di sini untuk pembelian secara online.

*Tawaran terhad sehingga 16 September 2017. Harga tidak termasuk kos penghantaran.


-----------------------------------
Apakah Televisyen Terestrial Digital (DTT)?
-----------------------------------

Negara-negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan penutupan siaran analog (analogue switch off – ASO) secara berperingkat-peringkat antara 2015 sehingga 2020. Untuk memastikan penyeragaman isyarat, negara-negara yang mempunyai sempadan bersama termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei bersetuju menetapkan 2018 sebagai sasaran pelaksanaan ASO.


Projek DTT di Malaysia adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Projek ini adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020. Ia merupakan salah satu inisiatif terpenting dalam Rancangan Malaysia ke-11.

-----------------------------------
Mengapa berhijrah ke DTT?
-----------------------------------

Dengan penghijrahan ini bermakna Malaysia sama-sama mengikuti perkembangan pembangunan teknologi global dan menjadi antara negara pertama di Asia Tenggara yang memeterai perjanjian tersebut.


Penghijrahan digital di seluruh dunia itu didorong untuk tujuan menyebarkan spektrum bernilai yang boleh digunakan untuk perkhidmatan telekomunikasi terestrial dan radio.

-----------------------------------
Apakah manfaat DTT kepada pengguna dan penonton?
-----------------------------------

DTT membantu merapatkan jurang digital, terutamanya di kawasan-kawasan terpencil. Menerusi DTT, rakyat Malaysia akan menikmati banyak manfaat seperti kualiti gambar dan bunyi yang lebih baik, lebih banyak saluran siaran percuma, akses kepada panduan program elektronik (EPG), sarikata pelbagai bahasa, dan berkemampuan untuk menonton siaran TV yang berkualiti HD menerusi Siaran Digital myFreeview.

Pada masa akan datang penonton juga mempunyai akses kepada perkhidmatan televisyen interaktif termasuk membeli-belah di rumah, menonton video atas permintaan dan perkhidmatan langganan dan internet.

-----------------------------------
Apakah manfaat DTT kepada pemain industri?
-----------------------------------

Ini mampu dilakukan memandangkan DTT akan menyediakan kemudahan untuk lebih banyak kandungan dan aplikasi. Pembekal kandungan seperti penyiar televisyen tempatan turut meraih manfaat kerana mereka diberikan peluang baharu untuk memperluaskan jangkauan penonton dan seterusnya mengembangkan perniagaan mereka.

Melalui sistem DTT, MYTV menawarkan satu platform saksama yang akan memudahkan aliran pendapatan tambahan bagi semua pembekal kandungan dan aplikasi.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.