Brunei Temui Telaga Minyak Umpama Harta Karun Bernilai RM3 Bilion

Selepas 37 Tahun Brunei Akhirnya Temui Telaga Minyak Di Darat Pertama Bernilai RM3 Bilion
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Selepas 37 Tahun Brunei Akhirnya Temui Telaga Minyak Di Darat Pertama Bernilai RM3 Bilion

BANDAR SERI BEGAWAN: Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) beberapa hari lalu telah mencatata sejarah penting bagi negara Brunei apabila penerokaan mereka telah berjaya menemui minyak dan gas di Telaga Layang-Layang di kawasan Lumut yang merupakan penemuan darat signifikan pertama bagi BSP dalam tempoh 37 tahun.

Memetik laporan media negara berkenaan, Media Permata, berdasarkan pengiraan awal penemuan penting itu anggaran kasar penemuan 18mmboe telah dilepasi.

Dilaporkan potensi pendapatan adalah bersamaan dengan kira-kira 15 peratus daripada belanjawan tahunan negara sebanyak B$6 bilion (kira-kira RM19 bilion).


Telaga berkenaan telah digali sedalam 4,319 meter di kawasan Layang-Layang, Lumut, Daerah Belait selepas 37 tahun tempat sama pernah diteroka.

Apa yang menarik, potensi telaga dengan kod rujukan medan T203 itu dipercayai mampu memberi perolehan bernilai B$900 juta (kira-kira RM3 bilion) berdasarkan harga rendah pasaran minyak mentah global pada masa ini.

Ia bersamaan dengan 15 peratus daripada keseluruhan bajet kerajaan Brunei ketika ini iaitu B$6 bilion (kira-kira RM19 bilion) susulan penjimatan peruntukan ekoran kemerosotan pendapatan akibat kejatuhan harga minyak.

Penemuan minyak dan gas Layang-Layang itu merupakan yang pertama menggunakan konsep geologi terbaru iaitu Shale diapir trap.

Shale diapir trap diterjemahkan daripada data seismos dan kajian singkapan kawasan Brunei (Brunei field outcrop studies). Shale diapir merupakan satu ruang luas yang disuntik dengan Syal (Shale) di bawah tekanan sub permukaan yang tinggi dan sebelum ini, tidak dianggap sebagai mekanisme perangkap sah (valid trap mechanisme) untuk BSP sehingga sekarang.

Apa yang menjadikan penemuan itu satu yang menakjubkan adalah penggunaan teknologi pemprosesan seismos baru dan terkini dengan data lama yang sedia ada.

Pengarah Urusan BSP, Dr Ceri Powell berkata, pencapaian itu merupakan sesuatu yang amat menarik di mana ia menunjukkan bagaimana teknologi terkini dan teknik canggih dalam penterjemahan data boleh membuka pelbagai peluang yang baru.

“Kita sedang merancang untuk menilai dengan cepat potensi penerokaan seterusnya dengan kumpulan berdedikasi kami yang terdiri daripada ahli geosains Brunei yang berkualiti tinggi.

“Saya rasa kunci faktor kejayaan adalah kerjasama yang kukuh dan integrasi di antara pakar geosains, operasi penggerudian dan jurutera petroleum, memanfaatkan perbezaan mereka daripada segi kepakaran, usia, jantina dan kewarganegaraan. Orang kami adalah kunci bagi mendapatkan penyelesaian dan membuka kaedah baru untuk menyelesaikan masalah lama," katanya.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.