Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Kehebatan Orang Pulau Pinang di Mata Dunia!

Tahniah kepada Faiz Subri kerana menjadi pemain yang pertama dari Asia dan Malaysia yang memenangi anugerah PUSKAS.
Kehebatan Orang Pulau Pinang di Mata Dunia!

HEBAT "ORANG PENANG" NI..

Berikut adalah senarai orang-orang terkemuka yang lahir pada atau pernah tinggal di negeri Malaysia Pulau Pinang Pulau Mutiara, atau Pulau Pinang adalah sebahagian besar daripada identiti mereka.




Mohd Faiz Subri (lahir 1987) merupakan pemain bola sepak pertama dari Benua Asia yang memenangi Anugerah Puskas 2016 ( Puscas Award 2016) yang mana diumumkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam majlis anugerah yang berlangsung di Zurich , Switzerland


Datuk Wira Lee Chong Wei (lahir 1982) pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam.Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 dan 2016, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki. Malaysia mengurniakan gelaran Datuk sebagai wira kebangsaan.


Nicol David (lahir 1983), pemain skuasy, dianggap sebagai pemain skuasy terbaik sepanjang zaman


P. Ramlee (1929-1973), pelakon, pengarah, penyanyi, penulis lagu, komposer, dan penerbit, sering dianggap ikon hiburan Melayu


Dato' Dr. Ahmad Nawab seorang penggubah lagu, pemain muzik serta penyanyi yang terkenal di Malaysia. Digelar "Seniman Negara Ke-7".


Tun Abdullah Ahmad Badawi (lahir 1939), Perdana Menteri Malaysia kelima


Anwar Ibrahim (lahir 1947), Timbalan Perdana Menteri Malaysia kelima dan bekas Ketua Pembangkang


Jimmy Choo (lahir 1948), pereka fesyen


Jika ada penambahan, sertakan di komen ampa.

kredit: Penang Kini.

2 comments:

  1. Nicole David gadis Pemain Squash Penang. Jimmy Choo Pembuat kasut Penang.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.