Sekitar Majlis Solat Jenazah Dan Penghormatan Terakhir Kepada Muhammad Ali


Ribuan dijangka sertai solat jenazah Muhammad Ali

Ribuan orang dijangka menyertai solat jenazah legenda tinju, Muhammad Ali, hari ini sebelum pengebumian esok.

T empat kelahiran Ali di Louisville, Kentucky, akan menganjurkan upacara penghormatan yang membawa individu penting dari seluruh dunia serta peminat ke bandar dengan 600,000 penduduk itu.

Ali, bekas juara tinju heavyweight dunia tiga kali yang mana kerjaya dan kegiatan aktivis hak asasi manusia menjadikannya tokoh paling terkesan kurun ke-20, meninggal dunia minggu lalu pada usia 74 tahun selepas berdekad bergelut dengan penyakit Parkinson.

Dilahirkan sebagai Cassius Clay ketika zaman pengasingan kaum di selatan AS, peninju itu memeluk Islam pada 1964 dan menukar nama kepada Muhammad Ali.

Solat jenazah 30 minit akan diadakan di arena Freedom Hall di sini, tapak pertarungan terakhir Ali di bandar kelahirannya, di mana Allahyarham mengalahkan Willi Besmanoff pada 29 November 1961.

"Allahyarham akan dikebumikan cara Islam," kata Imam Zaid Shakir, yang membantu menguruskan jenazahnya.

Potret Allahyarham Muhammad Ali kelihatan bersama jambangan bunga di tugu peringatan Muhammad Ali Centre di Louisville, Kentucky. - Foto AFP

Antara yang dijangka hadir memberi penghormatan terakhir kepada Ali adalah pelakon Will Smith; bekas juara tinju heavyweight, Lennox Lewis; bekas Presiden AS, Bill Clinton; pelakon komedi, Billy Crystal; dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. - AFP

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.