MH370


Terkini

Kapal tangki MT Orkim Harmony Dah dijumpai!


Imej terkini MT Orkim Harmony yang kini ditukar nama kepada Kim Harmon berjaya dikesan oleh pesawat PC3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia yang kini berada di Teluk Siam. - Foto Ihsan Panglima TUDM

Kemboja: Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, dikesan berada di perairan Kemboja, menurut Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, beliau berkata pada masa ini kapal berkenaan sedang diawasi dari udara oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Udara Diraja Australia.


Beliau juga mengesahkan bahawa kapal itu sudah ditukar nama dan catnya.

Kapal MT Orkim yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.


Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal termasuk 16 rakyat Malaysia. Anak kapal lain terdiri daripada rakyat Indonesia dan Myanmar. BERNAMA

Kapal MT Orkim Harmony yang hilang dikesan di perairan Kemboja. FOTO Rosdan Wahid


Kapal tangki MT Orkim Harmony Dah dijumpai! Reviewed by Cyusrie on 11:34 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Blog Berita terkini dari masa ke semasa © 2008 - 2019
Powered By Blogger, Designed by Beritaup2date

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.