Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Kejam! Myvi Lumba Haram Mengakibatkan Anak Buah Aku Jadi Yatim Piatu!!!


Myvi Lumba Haram - Korang Telah Menyebabkan Anak Buah Aku Jadi Yatim Piatu!!!

Sebelum ini kami naikkan artikel mengenai Kemalangan 3 Maut Bayi Berusia 6 Bulan Tercampak Keluar Akibat Berlumba Haram.

Dalam kejadian membabitkan 6 buah kereta produa myvi dan sebuah pajero. Diberitahu sumber mengatakan 6 buah perodua myvi berlumba secara haram di lebuh raya duke dari arah Damansara dan salah sebuah daripadanya melanggar kereta mangsa sehingga terbalik dan ketiga-tiga mangsa kereta pajero tersebut tercampak keluar dari kereta.


Pasangan Suami isteri bernama Fairuz Nizam Husain, 35, meninggal dunia di tempat kejadian, isterinya pula, Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala



Kejadian tersebut berlaku ketika  pajero yang dipandu Fairuz Nizam berada di lorong tengah sebelum dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah Myvi menyebabkan Pajero itu terbabas ke sebelah kiri lalu dilanggar oleh sebuah lagi Myvi yang berada di lorong kiri - Kata Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan

Jesteru itu “Mengakibatkan Pajero tersebut berpusing beberapa kali. Pemandu dan semua penumpang tercampak di atas jalan raya.


Manakala di kejadian yang sama pemandu Myvi cedera di mulut dan dirawat di HKL. dan sebuah lagi Myvi yang memandu di lorong sebelah kiri tidak mengalami sebarang kecederaan

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957

Facebook Page Familia Myvi Club Diserang Pengguna Facebook


Oleh demikian jika diperhatikan di link Page Familia Myvi Club kesemua komen orang ramai dalam keadaan marah dengan kemalangan maut tersebut telah ‘menyerang’ laman facebook rasmi kumpulan tersebut dan mendesak pemandu-pemandu yang terlibat supaya menyerah diri kepada pihak berkuasa.



Walaubagaimanapun salah seorang daripada ahli kelab Page Familia Myvi Club tampil dan mengatakan apa yang tersebar di media sosial adalah tidak benar. Beliau juga mengatakan beliau berada di kawasan kemalangan maut tersebut sewaktu kejadian. - yana wakil daripada FMC





“Korang telah menyebabkan anak buah aku jadi yatim piatu…



Komen ini ditulis salah seorang daripada keluarga mangsa. Tidak dapat digambarkan bagaimana keadaan nasib yang mendatang kepada 2 orang lagi anak Arwah.
Semoga arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah

No comments:

Powered by Blogger.