Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Nepal bergegar 7.9 Magnitud!


Gempa Nepal: Angka kematian hampiri 1,400 orang

KATHMANDU: Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda sebahagian besar Nepal kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 1,394 orang, kata polis negara itu.

Inspektor Yuvraj Khadka berkata, jumlah kematian berkenaan dijangka terus meningkat berikutan kejadian berkenaan.




Gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud melanda wilayah Kathmandu, Nepal tengah hari semalam dan gegaran paling dirasai di ibu negara berkenaan terutama kawasan dengan kepadatan penduduk yang ramai.



Gambar selepas kejadian runtuhan salji di Everest Base Camp berikutan gempa bumi di Nepal. Enam pendaki Universiti Teknologi Malaysia yang kini berada di base camp pada ketinggian 5,364 meter itu, dilaporkan selamat. Gambar ini dikongsi oleh salah seorang pendaki itu, Azham Afzanizam Hamzah melalui akaun Facebooknya. ‪#‎PrayForThem‬





Berpuluh kesan gegaran susulan berlaku dalam kejadian terbabit. - AP

No comments:

Powered by Blogger.